Bila Lisa Surihani bercerita soal seksi

Pada: Jumaat, 1 Jun 2012
Lisa Surihani berkongsi gaya pakaian yang dia gemar gayakan untuk ke majlis rasmi mahupun keluar menghabiskan masa di hujung minggu bersama keluarga. Sebenarnya. Lisa tidak gemar berpakaian menjolok mata kerana merasakan tidak sesuai dan tidak memiliki bentuk tubuh yang menawan untuk memperagakan baju yang terdedah. Tegas Lisa, berpenampilan ringkas adalah gayanya sejak dahulu lagi. Dia tidak selesa berpakaian seksi dan dilihat khalayak.

“Pada saya berpakaian sedikit seksi tidak ada yang negatif kerana ianya diukur dari si pemakai yang mengayakan pakaian masing-masing. Senang cerita, seksi itu subjektif.

“Saya seorang yang ringkas, lagi ringkas saya berpakaian lebih selesa saya rasakan. Saya tidak ada jenama yang tertentu untuk membeli pakaian kerana saya suka beli pakaian yang dijual di internet.”

“Tidak dinafikan, saya juga seperti wanita lain yang gemar pergi membeli pakaian di kedai seperti Zara, Topshop, dan jenama terkenal yang ada di sini. Tapi itu hanyalah kegemaran, saya tidak kisah beli pakaian di mana-mana asalkan cantik dan selesa.” -Via

Tag : , , , , , ,