Almy Nadia panjang umur, selamat dibedah

Pada: Rabu, 6 Jun 2012
Terbaru dari sumber, Almy Nadia panjang umur apabila terselamat untuk sempat menjalani pembedahan bagi membuang apendiks yang sudah berada pada tahap kritikal. Penyakit apendiksnya itu sudah bernanah dan jika tidak dirawat dalam masa yang cepat, ia akan menyebabkan jangkitan dan berkemungkinan besar boleh membawa maut.

Almy mengalami kesakitan pada bahagian perut secara tiba-tiba pada tengah malam 23 Mei lalu sehingga menyebabkan dia ditahan di wad Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) untuk pembedahan segera.
“Saya juga sudah berada di ambang maut kerana apendiks itu hampir pecah jika saya lewat sehari ke hospital. Mujurlah semuanya sudah selamat dan kini keadaan beransur sembuh selepas hampir dua minggu pembedahan,” katanya. baca lagi..
ps: apa-apa pun serahkan kepada Allah, Dia sahaja Maha Mengetahui ajal maut akan tiba

Tag : , , , ,