Pada:
Jumaat, 4 Mei 2012
Memetik daripada portal Murai, Suhaimi yang juga ahli kumpulan SuperSpontan, Angsa Ganas dikhabarkan merupakan seorang selebriti yang cukup terkenal di Singapura. Malah dikatakan lebih popular berbanding Aaron Aziz di sana.Selain itu juga tahap populariti Suhaimi lebih top daripada Siti Nurhaliza di sana. Selain itu, Suhaimi dikenali oleh orang India, Cina dan orang putih yang menetap di sana disebabkan dia telah sapu semua prorgam TV di Singapura.
Suhaimi kini sudah menetap di Malaysia berikutan dia asyik mendapat tawaran berlakon di Malaysia. Khabarnya, tawaran itu bukan saja untuk program TV, malah ada juga untuk drama dan filem tempatan.
Soal bayaran pula, Suhaimi tidak cerewet dan cukuplah apa yang diterima itu setimpal dengan inisiatif dirinya yang sanggup meninggalkan periuk nasi di Singapura.
Tag : Aaron Aziz , Berita Artis , Pelawak , Singapore , Siti Nurhaliza , Suhaimi Yusof

