Mikael Deejay Hip Hop dibelasah kerabat diraja!

Pada: Selasa, 17 April 2012
Rapper, SonaOne (Mikael Adam Mohd Rafae) cedera teruk dimuka dan badan selepas dia telah dipukul seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di ibu negara baru-baru ini.

Dipetik dari BHarian, Mikael (artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop) menyatakan kejadian itu berlaku pada pukul 3.50 pagi menyebabkan dia pengsan dan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut.

ketika itu, Mikael berada dalam sebuah kereta bersama 2 lagi rakannya di luar shopping complex, yang kemudiannya didatangi seorang lelaki yang dikenalinya dengan tiba-tiba menariknya keluar dari kereta.

"Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa merpertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan untuk mengelak kecederaan.

"Saya cuba minta pertolongan rakan dan orang ramai tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,"

Tag : , , , ,