Liyana Jasmay dirisik ahli perniagaan, bulan ini tunang

Pada: Khamis, 1 Mac 2012
Liyana Jasmay telah membuat pengakuan akan bertunang dengan jirannya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan pada bulan Mac nanti. Liyana berkata dia sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya itu.

"Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan pada bulan depan. Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. Insya-Allah tahun depan kami akan berkahwin," katanya. -Via

Tag : , , , ,