Rita Rudaini terima surat 'suprise' dari suami

Pada: Jumaat, 20 Januari 2012
Rita Rudaini Mokhtar terkejut apabila menerima sepucuk surat daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak kerana membuat tuntutan yang disifatkan sebagai “tidak masuk akal”.

Rita berkata, dia menerima surat yang dikirimkan oleh peguam Aidil itu daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara pagi semalam ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Mengenai isi kandungan surat berkenaan, Rita memberitahu dia tidak boleh memaklumkan kepada umum kerana diminta oleh peguamnya yang mahu meneliti surat itu terlebih dahulu. Kata Rita, peguamnya sedang memikirkan bentuk tindakan yang hendak diambil sebelum satu kenyataan boleh dibuat Rita kepada pihak media.

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil dari rumah berkenaan.

Tag : , , , ,