Studio Hampir Terbakar Gara-Gara Rafidah

Pada: Selasa, 18 Oktober 2011
Studio rakaman rancangan kanak-kanak, Clever! Edisi Malaysia (TVIQ) musim kedua di Filem Negara, PJ, nyaris terbakar besor gara-gara pengacaranya, Rafidah, membuat eksperimen nyalakan api dalam air. Kata Rafidah, dia terkejut kerana risau jika kebakaran kecil yang berlaku itu merebak ke seluruh studio.

"Ketika rakaman berlangsung, saya sedang membuat eksperimen menyalakan api dalam air bersama-sama dengan dua pembantu saya. Tersilap langkah agaknya, beberapa barangan eksperimen terbakar.

"Waktu itu pembantu-pembantu saya hanya melihat kerana terkejut. Selamatlah kebakaran kecil itu dapat dipadamkan dengan cepat," katanya. -artikel Via

Tag : , , , ,