Kris Dayanti buat majlis sambut Amora!

Pada: Selasa, 18 Oktober 2011
Menyambut kehadiran Ariannha Amora Lemos yang kini berusia 40 lebih hari umpama suatu anugerah yang amat indah dan bermakna buat penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti. Ini kerana kali terakhir, dia melalui pengalaman melahirkan anak ialah 11 tahun lalu. Walaupun Amora dikatakan anak kontroversi sebab dah ada dalam perut ibunya semasa pernikahan mereka berdua, namun Kris dan suaminya, Raul tidak menghiraukan kontroversi itu.

"Biarlah masyarakat bercakap apa saja. Saya redha dengan apa yang saya lalui. Mudah-mudahan kelahiran Amora akan menjanjikan kebahagiaan buat saya dan suami," kata Kris mengenai kehadiran anak ketiga dalam kehidupannnya. -artikel Via

Tag : , , ,