Greysie eratkan hubungan Zizan, Juliana Evans

Pada: Isnin, 5 September 2011
Pelakon filem Hantu Bonceng Zizan RL dan Juliana Evans memang memberikan kelainan dalam filem itu, dengar-dengar filem itu sudah kaut RM2-3 juta sejak mula ditayangkan beberapa hari yang lalu. Memang dengar-dengar filem tue terbaik dan ok kata seorang penonton yang dah tengok filem tue. Baguslah kalau macam tue. Tapi macamana pulak dengan hubungan Zizan dan Juliana? adakah masih lagi hot dengan gosip percintaan mereka berdua?

Rasanya tidak lagi, sebab mereka berdua berkeras kepala untuk menafikan episod romantik itu, hehe. Mereka hanya menjelaskan hanya berkawan rapat sahaja, kemungkinan dalam proses mencari apa itu erti CINTA. Biasalah, kadang2 ada orang berkenalan bertahun-tahun tapi masih lagi tak jumpa apa itu CINTA. Baru-baru ni Zizan ada bawa seekor kucing belaannya, bernama Greysie untuk sesi fotoshot. Kucing Zizan cukup gemuk dan comel. Tip Top apa agi, bergambar dengan Juliana la. Maunya Juliana tak suka, mesti suka punya. Hehe.

[via]

Tag : , , , ,