Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zoey Rahman kehilangan kucing tersayang, sedih luahannya.. (5 gambar)

Selasa, 20 September 2016


Alahai kesihannya kat Zoey Rahman ni, apabila kucing kesayangannya telah tiada lagi buat selamanya. Perasaan sedih ini dikongsi beliau melalui laman Facebooknya baru-baru ini.

Fazura kecam tindakan dera haiwan!

Selasa, 9 September 2014

Video penyeksaan anak anjing yang tersebar luas oleh seorang remaja di laman sosial telah mendapat perhatian orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan remaja berkenaan berbuat demikian.

Fazura antara selebriti yang tidak tahan dengan perangai budak berkenaan. Kalau diiikutkan Fazura memang seorang yang sukakan haiwan, sehinggakan ada usaha-usaha untuk memilihara kucing terbiar yang dia laksanakan.

Tiada anak, Kucing sebagai penganti - Zizie Ezzete

Khamis, 22 Mei 2014

Setelah 4 tahun lebih menjadi isteri kepada Datuk Bung Mokhtar Radin, Zizie Ezette kini lebih selesa dan bahagia dengan kehidupannya walaupun tidak lagi kita nampak dia berada di dunia seni.

Pun begitu dalam kebahagiannya itu, anak yang menjadi idaman mereka belum lagi dimiliki. Pun begitu, walaupun tiadak anak lagi, namun Zizie mencurahkan kasih sayangnya sementara itu kepada seekor kucing yang bernama Puteri.

Kucing terbuang itu dijumpainya dalam keadaan fizikalnya yang hampir buta.

Adibah Noor ada 34 kucing belaan

Khamis, 20 Mac 2014

Siapa sangka, Adibah Noor dalam diam membela hampir 34 ekor kucing pelbagai baka di rumahnya. Dengan jumlah sebegitu pastinya satu rekod baru bagi golongan selebriti yang membela haiwan belaan.

Namun pastinya wang yang banyak untuk membelanjakan makanan kucing itu menjadi satu bebanan. Tapi tidak bagi Adibah Noor, bahkan dia mengingati nama-nama kucingnya yang banyak itu.
"Saya tidak pernah berkira berapa banyak wang yang telah dihabiskan untuk kucing-kucing saya dan jujurnya saya tidak tahu berapa banyak kos bulanan dan perubatan yang telah dihabiskan setiap bulan.

"Mungkin lebih daripada RM1,000. Yang pasti, saya menjaga mereka dengan penuh kasih sayang," -Adibah Noor, petikan mStar

Shila Amzah Nasihatkan Afiq Muiz

Jumaat, 17 Mei 2013

Isu Afiq Muiz dengan ibu kandungnya telah medapat perhatian dari artis senior, Shila Amzah. Shila Amzah ada mengomen atau menasihati Afiq melalui laman sosialnya. Dan ini adalah pendekatan pertama Shila sebagai seorang selebriti yang sama-sama menasihati kawan sejawatnya itu. Apa-apa pun terima nasihat dan pandangan orang lain, kita mampu mengubahnya. Hehe.


Gambar Didie Alias Yang Pelik di ASK 2012

Isnin, 12 November 2012

Cerita ASK lagi. Dah satu selebriti membuat kontroversi dengan gurauannya kali ini adalah fesyen daripada kalangan selebriti yang hadir.

Memang banyak yang pakai cantik-cantik, namun tak juga kalahnya yang mahu kelihatan lebih unik dan mahu perhatian lebih.

Baju Didie Alias memang menjadi perhatian, tak tahu fesyen apakah dan kelihatan amat menyeramkan memandang matanya selain membawa seekor kucing putih bersama-sama.

Macam-macam je pakaian dorang ni kan. -gambar Budiey.com

Kucing peliharan Fasha Sandha, Jejai

Selasa, 24 Julai 2012

Bulan pertama sebagai suami isteri yang sah, Fasha Sandha dan Jejai tinggal sebumbung menikmati juadah berbuka dan juga bersahur bersama. Pastinya itu sudah menjadi kepastian dalam berumahtangga apatah lagi untuk pertama kali bergelar suami isteri. Disamping hal lain, kedua-dua pasangan ini, cukup berbahagia dengan memelihara kucing peliharaan di rumah, seperti juga menyayangi binatang kesayangan Nabi. Kucing tu masih lagi kecil dan comel, mungkin baru beranak kot kucing induknya. -Facebook We Love Fasha Sandha

Greysie eratkan hubungan Zizan, Juliana Evans

Isnin, 5 September 2011

Pelakon filem Hantu Bonceng Zizan RL dan Juliana Evans memang memberikan kelainan dalam filem itu, dengar-dengar filem itu sudah kaut RM2-3 juta sejak mula ditayangkan beberapa hari yang lalu. Memang dengar-dengar filem tue terbaik dan ok kata seorang penonton yang dah tengok filem tue. Baguslah kalau macam tue. Tapi macamana pulak dengan hubungan Zizan dan Juliana? adakah masih lagi hot dengan gosip percintaan mereka berdua?

Rasanya tidak lagi, sebab mereka berdua berkeras kepala untuk menafikan episod romantik itu, hehe. Mereka hanya menjelaskan hanya berkawan rapat sahaja, kemungkinan dalam proses mencari apa itu erti CINTA. Biasalah, kadang2 ada orang berkenalan bertahun-tahun tapi masih lagi tak jumpa apa itu CINTA. Baru-baru ni Zizan ada bawa seekor kucing belaannya, bernama Greysie untuk sesi fotoshot. Kucing Zizan cukup gemuk dan comel. Tip Top apa agi, bergambar dengan Juliana la. Maunya Juliana tak suka, mesti suka punya. Hehe.

[via]

Gambar Fasha Sandha bersama kucing peliharaannya

Rabu, 30 Jun 2010

Tak sah kalau sesiapa tak pelihara kucing. Lebih-lebih lagi bila artis mempunyai haiwan peliharaannya sendiri. Termasuklah Fasha Sandha yang mempunyai kucing daripada baka yang sudah tentu mahal. Tengok sahaja daripada kucing tu pun dah boleh kita agak berapa harganya. Pelihara kucing ni umpama mereka itu sayangkan haiwan. Almaklumlah kucing ni kan spesis yang bijak dan tak ganas macam keturunan-keturunannya yang lain seperti Harimau dan Singa. Nabi Muhammad S.A.W. pun sayangkan kucing, jadi sesiapa bunuh kucing secara sengaja, tak lama, 'ketulahan' lah dia tu..