Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar pernikahan tertutup Juliana Evans, kerabat diraja Johor (10 gambar)

Isnin, 1 Mei 2017


Juliana Evans selamat menjadi isteri kepada lelaki pilihannya Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, dengan sekali lafaz, kira-kira pukul 10.45 pagi Ahad.

Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 27, dan jejaka yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor itu dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Mohd. Rasid Mahful dalam sebuah majlis tertutup.

Juliana Evans bakal menamatkan zaman bujang, kahwin pada...

Ahad, 25 Disember 2016

Pasangan Juliana Evans dan kerabat diraja yang dikenali sebagai Tengku A dikatakan bakal menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi. Malah persiapan juga kini sedang rancak dilakukan kedua belah pihak.

“Miss K dapat tahu artis jelita berwajah kacukan itu sekarang ini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan kerabat di raja Selangor itu. Khabarnya, kain pasang sudah siap diedarkan. Baik di pihak perempuan mahupun kaum kerabat terdekat pihak lelaki”

“Tambah sumber Miss K itu lagi, Juliana atau mesra dengan panggil Ju itu akan terus melangsungkan perkahwinan dengan Tengku A dan tidak ada majlis pertunangan,” tulisnya menerusi ruangan Miss K di portal Astro Gempak mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai majlis bersejarah pasangan ini tidak dapat dipastikan.

Kekasih Juliana Evans ke ni, hensem? (3 gambar)

Selasa, 3 Mei 2016

Tak dapat dipastikan siapa lelaki ini dan apa statusnya dengan Juliana Evans. Baju sedondon warna oren dan kemesraan mereka jelas terpancar di wajah masing-masing. Kekasih ke?

Juliana Evans paling menawan di FFM (12 gambar)

Rabu, 9 September 2015

Penampilan Juliana Evans di Festival Filem Malaysia ke 27 yang Memukau
Juliana Evans memang memukau sungguh di Festival Filem Malaysia ke 27. Sejak balik dari Amerika Syarikat, makin lama makin cantik tengok Juliana Evans ini.

Untunglah jejaka yang dapat mencuri hatinya. Bijak, cantik, bergaya dan menawan. Pakej lengkap gitu.

Tak sabar nak tunggu saat di mana Juliana Evans mengumumkan hatinya sudah dimiliki.

Sekitar Fashion Week KL 2015 (24 gambar)

Isnin, 17 Ogos 2015

Komen Juliana Evans mengenai Zizan Razak terkini

Selasa, 28 April 2015

Juliana Evans dan Zizan Razak pernah menjalinkan hubungan satu masa dahulu. Dan hubungan mereka sudah lama terputus dan akhirnya Emma Maembong mengambil alih sebagai kekasih romantis Zizan.

Namun ianya juga musnah di pukul ombak. Dan akhirnya Zizan ketemui dengan gadis golongan biasa kelahiran Kuala Terengganu.

Juliana yang telah tiba di negara ini sejak akhir tahun lalu mengakui tidak pernah berjumpa Zizan walaupun dia menghadapi krisis dengan Emma.
“Jujurnya, bukannya saya sengaja mengelak atau tidak mahu berjumpa dengannya tetapi kami memang tidak pernah terserempak mahupun bertemu walaupun dalam mana-mana majlis anugerah sebelum ini.

“Walaupun kami pernah rapat sebelum ini, namun, apa sahaja yang berlaku kepada dirinya ketika ini bukan lagi menjadi perkara penting untuk saya ambil tahu lagi.

“Apa yang saya boleh katakan di sini adalah untuk mendoakan yang terbaik untuknya dalam apa jua bidang dan perkara yang dilakukannya termasuk perkahwinannya,” -Juliana petikan portal Murai

Juliana Evans, Sonaone ada apa-apa ke? (5 gambar)

Isnin, 2 Mac 2015


Dengarnya memetik portal forum Cari yang pelakon, Juliana Evans kini sedang mesra menjalinkan hubungan dengan Sonaone. Tak tahu pula hubungan macamana, kalau lihat hint-hint di Instagram ni, rasanya mereka sangat rapat. Kalau bercinta, baguslah, masing-masing kan single juga.

Juliana, Emma bergaduh di Los Angeles? sebab Zizan?

Isnin, 24 November 2014

Juliana Evans dan Emma Maembong adalah dua selebriti yang dikenali kerana ada kaitan dengan pelawak, Zizan Razak. Mungkin anda berfikir, kenapa admin bercerita mengenai mereka berdua ini.

Terlebih dahulu, dengarnya semalam, Juliana yang sudah pulang ke Malaysia selepas tamat belajarnya di Amerika, akan kembali aktif di dalam dunia anak seninya semula.

Mungkin sedikit pelajaran dan skill telah diperolehi Juliana ketika berada di luar negara untuk diserapkan sepenuhnya di dalam lakonannya kelak.

Berbalik pulak kepada tajuk dan perenggan pertama, ada juga ura-ura yang menyatakan Juliana dan Emma bergaduh di Los Angeles sekitar awal tahun ini menurut portal MEdiaHiburan.

Namun Juliana menafikan hal itu dan akui tidak pernah berjumpa dengan Emma.
“Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka. Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar”

“Perjumpaan kami itu tidak ada maksud lain. Tambahan pula kami sudah lama tak berjumpa. Dan kebetulan mereka di sana tidak salah untuk saya luangkan masa,” j

“Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia. Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan. Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama. Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak. Dan Emma, tak perlu takut dengan saya,” -Emma.

Juliana Evans bertudung dikritik!

Khamis, 24 Julai 2014

Perkara memakai tudung adalah satu perbuatan terpuji walaupun bersifat sementara. Itu yang dilakukan Juliana Evans apabila dia memakai tudung/hijab yang terpampang di laman sosial miliknya.

Ini dilakukannya semata-mata untuk sebuah filem pendek, Freedom To Discriminate. Namun reaksi dan pendapat peminat adalah sebaliknya, mereka seperti mengkritik tindakan Juliana yang memakai tudung atas kehendak manusia, bukan seruan Ilahi.

Gambar konvokesyen Juliana Evans

Selasa, 29 April 2014

Tahniah kepada pelakon, Juliana Evans, 24, yang telah menamatkan sesi kuliahnya dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di unversiti dekat Amerika Syarikat.

Majlis konvokesyen telah dirakamkan oleh Juliana dengan dihadiri oleh ibunya yang tercinta.

Gambar kereta Juliana Evans kemalangan

Jumaat, 28 Februari 2014

Juliana Evans dikhabarkan terlibat kemalangan kereta dekat Michigan, Amerika Syarikat. Kenderaan yang dipandunya remuk di bahagian belakang dan hadapan namun keadaan dan juga situasi Juliana selamat tanpa sebarang kecederaan.

Melalui laman sosialnya dia berkata:

Erry Putra Ada 3 Calon Bakal Isteri!

Isnin, 12 Ogos 2013

Memetik portal mStar, pelakon kacak, Erry Putra mengakui yang dirinya kini sudah mempunyai 3 orang wanita yang dikatakan sebagai calon yang mendirikan rumahtangga.

Tapi nama-nama ketiga wanita ini dirahsiakan terlebih dahulu kerana masih dalam proses berkawan. Dan kemungkinan besar tahun hadapan akan berkahwin.

Gambar Juliana Evans di Amerika Syarikat

Jumaat, 15 Februari 2013

Kehidupan Juliana Evans di Amerika yang sedang dok belajar ketika ini memang sangat dirindui oleh peminat pelakon jelita ini. Bahkan kemunculannya di kaca TV pasti menyinari suasana filem/drama berkenaan.

Namun seperti biasa kehidupan di Amerika bukanlah sama dengan di negara sendiri, pasti akan berubah 90 darjah mengikut trend di sana. Juliana yang dikaitkan dengan lelaki tempatan Amerika bernama Nate Miller pada waktu dahulu sememangnya bukan lah menjadi biasa, malah kekerapan mereka bergambar bersama banyak kali dimuat naik oleh Juliana.

Soal cinta dan kehidupan tidak dapat dipisahkan, ini lah gambar yang dimuat naik oleh Juliana ketika berada di Amerika.

Zizan dengan Nora Danish Ada Apa-apa Ke?

Sabtu, 17 November 2012

Ketika Juliana Evans dikaitkan dengan gambar bersama-sama seorang jejaka orang putih pada bulan lalu, kini sepertinya Zizan Razak telah menjumpai sesuatu yang baru.

Ianya dikatakan diantara hubungan yang manja diantara pelakon, Nora Danish melalui laman sosial Twitter mereka.

Panggilan seperti mama dan papa menjadi persoalan yang begitu sinonim untuk orang yang ber'couple'. Panggilan ini dibuat ketika Zizan mengikuti rancangan program realiti Maharaja Lawak Mega 2012.


Juliana Evans Bersama Jejaka Amerika

Isnin, 5 November 2012

Juliana Evans yang pernah dikaitkan dengan pelawak Zizan Razak kini telah belajar di USA. Namun ada satu gosip yang mula timbul apabila dirinya berada di sana.

Beberapa keping gambar Juliana bersama seorang lelaki tempatan Amerika bernama Nate Miller (mengikut sumber) telah tersebar, malah mereka dikatakan sedang dibuai cinta.

Namun sangkaan itu didakwa oleh Juliana melalui laman sosial Twitternya dengan menafikan dirinya sedang bercinta dan mengakui dia masih single.
Twitter:
“Teman lelaki? Saya tak punya masa untuk itu!"

"Saya seronok dengan kehidupan 'single'!
x

Juliana Evans, Siti Saleha super Photoshop

Sabtu, 8 September 2012

Dua gandingan hebat diantara pelakon manis dan jelita, Juliana Evans dan Siti Saleha yang menghiasi majalah EH! edisi September 2012. Kalau melihatkan kepada majalah ini, kedua-dua pelakon sukar untuk dikenal pasti yang mana satu dan siapa, sebab imej diantara mereka sudah 'dimodifikasi' begitu halus sekali dengan menggunakan kuasa edit yang begitu canggih. Tak percaya? korang lihat sendiri, dapat cam atau tak. @_@

Sam Bunkface Tertendang Pakciknya

Khamis, 6 September 2012


Ini berita yang kita sendiri tak mahu membacanya. Adakah patut menendang pakcik sendiri. Itu lah cerita vokalis kumpulan Bunkface, Sam apabila dia sempat menceritakan kisah dirinya melalui portal Utasan yang dikatakan telah tertendang pakciknya dan perkara tersebut berlaku di luar kawalannya.

Mungkin jarang kita mendapat tahu kelakuan selebriti yang sebenarnya lebih ganas lebih-lebih lagi ianya melibatkan ahli keluarga sendiri. Sam hanya mampu tersenyum apabila mencerita kan detik-detik ganas itu, dan ini komennya mengenai saat itu berlaku kepada wartawan...
"Masa itu saya tak sangka saya boleh tertendang pak cik saya. Tapi seingat saya, kejadian tersebut berlaku ketika itu saya baru berusia tujuh atau lapan tahun gara-gara tidak dapat bermain mercun," menurut Sam ketika mengingat kembali kenangan ketika Aidilfitri. baca lagi di Utusan...
haha. nakal juga Sam ni ah.. keke

Zizan RL, Juliana Evans pakai cincin sama?

Khamis, 28 Jun 2012

Gambar dibawah adalah gambar ketika Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans menghadiri satu majlis yakni majlis Pra Tonton filem Mael Lambong. Yang menariknya kedua-dua selebriti ini dikatakan memakai cincin yang sama. Ini dipetik dan disahkan melalui laman blog BuahMulut yang mengambil gambar mereka berdua ketika majlis itu. Rasanya tiada apa yang perlu disembunyikan lagi, kedua-dua sah bercinta dalam diam. :)

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

gambar http://buahmulut.com

Gambar Juliana Evans berbaju pengantin

Khamis, 7 Jun 2012

Juliana Evans merupakan pelakon cantik yang memang menjadi perhatian orang ramai, apatah lagi dia sering dikaitkan dengan Zizan Raja Lawak. Kini Juliana sedang menyambung pelajarannya di US. Namun sempat meluangkan masa mengambil sesi fotoshot edisi baju pengantin untuk perkahwinan dalam majalah Raja Sehari. Memang lawa siut.. -PuncaQaseh Wed’s.

Gambit dan Juliana Evans penghias majalah Remaja

Sabtu, 10 Mac 2012

Untuk edisi 15 Mac 2012, majalah remaja sekali lagi memaparkan dua selebriti untuk penghias majalah mereka, Gambit Saifullah dan Juliana Evans. Kenapa bukan Zizan Raja Lawak bersama Juliana? nah tajuk sahaja 'serasi bersama' membuatkan adakah Gambit mempunyai perasaaan terhadap Juliana? segera lah membelinya dipasaran sekarang, untuk remaja sahaja, retua tak boleh. Hehe.

fan page Facebook Remaja