Rozita Che Wan menghidap hepatitis

Pada: Jumaat, 10 Jun 2011
Penyakit ni adalah satu bentuk ujian Allah kepada makhluknya yang mahu berfikir, tidak kira siapa jua dan dimana ia berada. Pelakon jelita, Rozita Che Wan kini ditahan di wad akibat terkena penyakit hepatitis. Kalau mengikut sumber uncle G, hepatitis ni merujuk kepada penyakit dimana pesakit mengalami sakit hati atau sakit kuning (bukan sakit hati yang kecewa tu). Kita harap Rozita sembuh semula dan aktif seperti sediakala.

Rozita Che Wan dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, kerana dipercayai menghidap hepatitis. Sumber memberitahu mStar Online, Rozita pada mulanya mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu pada Isnin lalu selepas berasa sakit kepala dan akhirnya terpaksa ditahan untuk pemeriksaan.

“Doktor yang membuat pemeriksaan mengatakan Rozita menghidap hepatitis dan dia perlu ditahan untuk pemantauan,” kata sumber berkenaan.

Jelas sumber itu lagi, Rozita enggan menerima sebarang pelawat kerana mahu berehat melainkan ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan berhubung dengannya. Akibat kejadian itu, beberapa penggambaran drama yang melibatkan Rozita terpaksa ditangguhkan sehinggalah pelakon itu benar-benar sembuh.

Tag : , , ,