Aznil Hj Nawawi selamatkan nyawa orang

Pada: Jumaat, 10 Jun 2011
Wah berhati baik sungguh artis kita seorang ni, Pak Nil yang telah menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu bunuh diri. Pak Nil memberikan wang yang tidak tahu bagaimana cara Pak Nil menyerahkan wang berkenaan samaada bankin ataupun bertemu dua muka. Baguslah tindakan Pak Nil ni, sebagai contoh kepada kita agar menolong suadara kita tanpa meminjam kepada ah long yang tidak berguna tu. Tapi pas ni jangan lah pula cari Pak Nil kepada kaki hutang tue, ingat Pak Nil tempat bayar hutang ker,.. Lu sendiri buat, tanggung sendiri la.. Hehe. korang dah bayar PTPTN ke belom... haha

Tindakan pantas Aznil Nawawi bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu. Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu. Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.

Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan. -HarianMetro

Tag : , , ,