Rabecca keguguran anak usia 2 bulan

Pada: Jumaat, 10 Jun 2011
Takziah kepada Rabecca Nur al Islam yang baru-baru ini telah disahkan keguguran kandungan anaknya yang berusia 2 bulan hasil perkahwinanya dengan Nor Azam pada bulan Januari yang lalu. Takpe lah Rabeeca mungkin anak itu tidak bertemu dengan ibu bapanya di dunia, tapi Insyallah dia akan menunggu ibu bapanya di pintu-pintu Syurga menantikan kehadiran ibu bapanya. Selain daripada keinginan mereka yang mahu menimang anak kandung pertama, kehadiran anak angkat mereka, Nor Adam Danie (3 tahun) sudah cukup memberikan suasana gembira dalam kedukaan Rabecca dan suami.

"Pada malam kejadian saya sakit di bahagian bawah perut dan berlaku pendarahan. Suami saya bawa ke hospital dan apabila diperiksa bayi dalam kandungan sudah tidak bernyawa. kemudian doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Kata doktor bayi tersebut sudah beberapa hari meninggal dunia tanpa saya sedari ketika mendapat tahu perkara tersebut saya tak henti menangis, mungkin saya terlalu berharap untuk mendapatkan bayi." -sumber mStar

Tag : , , , ,