Pada:
Rabu, 8 Jun 2011
Filem terbaru Aaron pula adalah KL Gengster yang bakal ditayangkan 9 Jun 2011 (esok). Namun ada certia lain yang membuatkan anda akan berasa sedih sebab Aaron akan mengundurkan diri pada bila-bila masa sahaja jika...

"Saya tahu mungkin ada yang akan terkejut dengan kenyataan saya ini. Tapi ini realiti. Lambat laun ia akan terjadi. Tetapi semuanya bergantung kepada keadaan terutama sekali apabila khidmat lakonan saya tidak lagi menjadi sambutan.
Iyalah, semakin hari semakin banyak muka-muka baru yang dapat kita lihat. Jadi ini bukan sesuatu yang mustahil. Kalau ikutkan saya tidak mahu berhenti langsung kerana bidang inilah yang banyak memberi jasa kepada saya. Saya boleh menyara keluarga dan membesarkan anak-anak semuanya dengan hasil lakonan.
Tapi jika satu hari nanti khidmat saya sudah dipandang sepi, maka itulah waktunya untuk saya mengundur diri" -Utusan
Tag : Aaron Aziz , Berita Artis , Filem , Singapore

