Amazon kritik Hikayat Merong Mahwangsa

Pada: Rabu, 8 Jun 2011
Filem epik hebat (pertama di Malaysia) yang diarahkan Yusry Abdul Halim iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dikritik hebat oleh pengulas filem di Amazon.co.uk. Rata-rata pembeli yang membeli DVD filem itu yang bertajuk "Clash of Empires: Battle for Asia" memberikan filem tersebut 1 bintang sahaja.

Filem yang dibintangi Stephen Rahman-Hughes, Dato Rahim Razali, Umie Nazeera, Khir Rahman dan ramai lagi bintang antarabangsa itu diedarkan Metrodome Distribution. Antara komen yang disifatkan agak pedas termasuklah komen dari pembeli yang menggunakan nama "Johnny Ramone" dari Hertfordshire, United Kingdom yang menyatakan filem tersebut "absolute trash". Manakala, "Bob Salter "Captain Spindrift"" dari Wiltshire, England pula memilih filem ini sebagai calon untuk Golden Turkey Awards. (Amazon.co.uk -boleh baca komen-komen dorang kat weblink ni)

Itu antara sebahagian daripada komen-komen pedas yang dilemparkan kepada pembikin filem ini. Namun demikian, di sebalik kata-kata pedas yang dilontarkan, ada pembeli yang menyukai filem ini. Menggunakan nama "Mclovinwithfries", dia menyatakan filem ini menampilkan visual yang mengagumkan selain adegan aksi yang cukup cemerlang. "Mclovinwithfries" memberikan 4 bintang untuk filem ini. -Gua

ps: rasanya filem ini belum setanding lagi dengan filem negara dorang, sebab tue dorang dah tahu nak komen filem ni. namun usah menyerah kalah dengan berita ini, anggap sahaja sebagai komen biasa, yang penting teruskan perjuangan dalam dunia perfileman.

Tag : , , , ,