Norman Hakim jawab isu ponteng sekolah

Pada: Khamis, 5 Mei 2011
Norman Hakim tidak pernah mengajar anak-anaknya untuk ponteng sekolah apatah lagi jika disuruh oleh tunangnya, Memey Suhaiza. Norman berkata, tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan Memey sengaja tidak membenarkan Mohd Danish Hakim, 8, dan Marisa Dania Hakim,6, ke sekolah adalah tidak benar sebaliknya sekadar salah faham.

-klik untuk besarkan
“Sebenarnya, seorang anak saya iaitu Danish baru habis peperiksaan. Jadi, dia meminta untuk tidak pergi ke sekolah sehari selepas peperiksaan itu untuk meluangkan masa bersama saya. Memandangkan saya dan Memey tidak mempunyai penggambaran, maka saya memenuhi keinginan itu termasuklah membawa anak kedua saya, Marisa keluar bersama,” katanya.

Norman diminta mengulas kononnya Memey terlibat mengajar anak-anaknya ponteng sekolah seperti mana yang diperkatakan dalam laman Twitter sebelum ini. Kata Norman, dia amat mementingkan pelajaran anak-anaknya dan tidak sesekali membiarkan mereka ponteng sekolah tanpa sebab tertentu. -mStar

Tag : , , , , ,