Pada:
Sabtu, 14 Mei 2011
Ni Adam ni bab-bah kena ganggu Jin ni memang susah nak dipercayai, sebab ramai yang kata ini zaman moden, itu semua dah tak boleh pakai dah, saper kate ha? cuba u tengok belakang u ada siapa. Hehe. tahu takut~. Adam kena ganggu ni dah lama dah, sejak tahun lalu, sebab itu dia kata dia susah nak dirikan solat. Lalu dia pun pergilah ke rumah Ustaz Ashraf Muslim untuk berubat. Selain berubat Adam juga mempelajari ilmu agama dengan Ashraf maknnya Adam dah nak bertaubat, syukurlah kalau macam tu, Islam tu kan Rahmatal Lil Alamain. :)

Adam AF4 mengakui diganggu makhluk halus sehingga membuatkan dia sukar untuk bersolat sejak tahun lalu.
Adam berkata, berikutan itu dia telah mendapatkan rawatan dengan pelakon Ashraf Muslim yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional di sebuah klinik tersebut di Gombak, Selangor.
“Saya ke klinik tempat Ashraf bekerja kerana mendapatkan rawatan cara Islam untuk membuang makhluk yang berada dalam badan saya.
“Sejak beberapa bulan lalu badan saya lemah, sakit, dan hilang tumpuan terutamanya ketika ingin bersolat,” kata Adam.
Katanya, setelah beberapa bulan mendapatkan rawatan tersebut keadaannya semakin pulih terutamanya ketika melakukan ibadah.
“Saya tahu ini dugaan kecil buat saya yang baru ingin berubah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Selepas berubat Alhamdulillah rasa yang saya alami itu semakin berkurangan dan perjalanan hidup saya menjadi lebih baik,” katanya. -mStar
Tag : Adam AF , Ashraf Muslim , Berita Artis , Islam , Perubatan , Solat

