Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kekasih baru Fariha Onn? sudah bercerai?

Ahad, 29 Januari 2017

Dengar cerita memetik portal forum tempatan, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, Fariha Onn dikatakan sedang bercinta dengan anak VVIP. Tapi agak mengelirukan kerana kekurangan info mengenai hal ini. Dalam pada yang sama Fariha sudah berkahwin pada tahun 2011 yang lalu.

http://kafafphoto.blogspot.my/2011/07/fariha-tv3-yazid-batu-pahat-johor.html

Adakah Fariha sudah bercerai? mungkin pembaca ada info mengenainya?

Untunglah Nora Danish..

Khamis, 19 Jun 2014

Nedim Nazri ni memang semua orang kenal, anak VVIP aka anak pak Menteri. Memang sah memiliki kekayaan yang melimpah ruah dengan hasil mungkin dari businessnya sendiri atau dari dot dot dot (seperti pengomen di bawah ini).

Memang bertuah lah kan Nora Danish kalau dapat kahwin dengan Nedim, boleh bawa Lamborghini Aventador yang harganya mencecah RM2 juta lebih.

Memang mahal sangat ni kereta, tapi sayangnya tak boleh dibawa ke kubur bersama-sama. Kan bagus RM2 juta p buat sebiji masjid. hehe. pahala sentiasa mengalir gitu jah walaupun kita dah mati kelak.

Rais Yatim, Isteri Menyanyi Terima RM170,000!

Selasa, 26 November 2013

Wah tak sangka upah orang kenamaan tahap VVIP dan juga bekas menteri bila menyanyikan lagu boleh juga mencecah ratusan ribu ringgit. Inilah yang berlaku kepada Penaung Persatuan Karyawan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang dikhabarkan memetik portal Utusan, beliau dibayar RM100,000! untuk menyanyikan lagu "When I Fall In Love by Nat King Cole" untuk sebuah Majlis Malam Amal Warisan Seni Karyawan di Hotel Istana baru-baru ini.

Ianya sebenarnya bukan untuk kepentingan pribadi Tan Sri Dr. Rais dan bahan bualan politik kotor, namun menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez ianya dibayar oleh seorang individu yang enggan dikenali bagi mengisi tabung kebajikan persatuan berkenaan.

Tidak ketinggalan isteri beliau, Puan Sri juga membuat persembahan dan dibayar RM70,000!. Wang hasil kutipan amal itu berjumlah RM350,000 bagi membantu lebih kurang 1000 karyawan.

Nadem Datuk Seri Nazri Lelaki Idaman Ku - Nora Danish

Isnin, 29 Julai 2013

Dalam diam pelakon janda anak satu, Nora Danish kini sedang mengenali dan berkawan rapat dengan seorang jejaka yang juga anak kepada pak Menteri iaitu Mohammad Nadem Nazri bin Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz.

Bagi Nora, Nadem merupakan seorang jejaka yang telah memenuhi karekteria pasangan hidup yang sesuai buat dirinya. Namun menegaskan yang dia dan Nadem belum lagi sampai ke tahap bercinta dan menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Kereta dan Plat Nombor Milik Dafi?

Ahad, 17 Februari 2013

Memang tak sah kalau selebriti pakai kereta mewah lebih-lebih lagi kalau selebriti tu dari keluarga kaya seperti VIP mahupun VVIP. Seperti Dafi yang dikatakan memiliki kereta mewah, Porsche, model apa admin tak tahu sebab tak pro sangat dalam bab kereta dan model-modelnya.

Namun kereta mewah, Porsche itu juga dihiasi dengan plat number yang boleh dikatakan unik dan sudah semestinya mahal. D4FI merupakan singakatan nama huruf 'Dafi'. Wah memang senang kena cam la ini kereta siapa yang memandunya. Nak ingat ni Dafi punya agak susah sikit, ramai peminat selebriti berdolak dalih dengan seribu andaian kereta ini kepunyaan siapa. Kalau lihat gambar agaknya memang sah kereta dan plat nombor itu milik Dafi kan.

Tapi pengakuan Dafi melalui laman sosialnya menyatakan kereta itu adalah untuk shooting sahaja, dan mungkin nombor plat diubah mengikut citarasa shooting berkenaan.


Gangguan Seksual kepada Neelofa

Rabu, 7 November 2012

Luahan ini dikatakan luahan hati milik pelakon Neelofa yang dipetik melalui forum Cari. Tidak dapat dipastikan daripada mana sumber asal luahan hati berkenaan.

Namun jika ianya benar milik Neelofa maka anda pastinya sudah sedia maklum, pelakon cantik itu pastinya mendapat perhatian ramai apatah lagi statusnya yang belum lagi berkahwin.

Ramai dari kalangan orang biasa sehinggalah dari kalangan VVIP telah menghubungi Neelofa untuk tujuan tertentu tidak rasmi.

Nak tahu isi luahan hati berkenaan? baca lah di bawah ini...

Sharifah Khasif Kahwin Dengan Dato' Seri

Rabu, 19 September 2012

Kenal tak dengan Sharifah Khasif. Ala selebriti Qariah yang memenangi peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa tahun-tahun yang sudah. Kini tip top dia sudah berkahwin dengan seorang VVIP, Dato’ Seri Mohamad Hizal mengikut sebuah blog hiburan. Tidak ada maklumat lanjut mengenainya, ita doakan mereka berdua kekal untuk selamanya. Amin.

Fouziah Gous bakal dilamar Datuk Seri

Khamis, 29 Mac 2012

Fouziah Gous akhirnya membuka mulut bagi mengesahkan spekulasi mengenai keintimannya dengan seorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri. Hubungan mereka mula intim beberapa bulan lepas walaupun sudah mengenali lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu.

"Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya.

"Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.

"Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini,"

"Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki.

"Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin," kata Fouziah -Via

Gambar Zizan, Juliana Evans kelas korporat

Rabu, 20 April 2011

Zizan RL dan Juliana Evans tak perlu disebutkan lagilah tentang hubungan mereka, pasti korang dah tahu yang dorang tengah hangat bercinta. Cinta dorang mungkin diam-diam kot, sebab time ABPBH pun jarang kelihatan sama-sama. Baguslah seperti itu, tak elok tunjuk-tunjuk dikhalayak ramai, nanti orang ramai makin meluat pula. hehe. Apa-apa pun kita doakan yang hubungan Zizan dan Jue kekal hingga ke jinjang pelamin kelak. Amin. Ni belum lagi sebut soal kahwin-kahwin, gambar dibawah ni umpama gambar potret suami dan isteri korporat lah, boleh buat bujet ni letak d ruang tamu Zizan nanti. Cewah, segak, mantop, Class... -gambar Kosmo

Maya Karin nafi bercinta dengan Datuk Seri Effendi

Khamis, 10 Mac 2011

Terkejut dan ketawa besar Maya Karin apabila diajukan gosip yang tersebar luas mengenai dirinya yang dikaitkan bersama Datuk Seri Effendi Norwawi. Maya memberitahu tidak mungkin gosip tersebut adalah satu realiti terhadap dirinya. Malah anak kelahiran Jerman ini mengakui gosip tersebut sebagai tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

"Mana mungkin saya ada hubungan dengan Datuk Seri Effendi. Memang tak logik kerana saya sendiri memang berkawan baik dengan anaknya, Elyna. Malah, saya juga selalu melepak di rumah Elyna. Takkanlah saya nak buat macam itu. Saya dan Elyna sangat rapat. Kami juga berkawan rapat dengan Jeslina Hashim dan beberapa lagi kawan perempuan yang lain.Tak mungkin saya akan tergamak bercinta dengan bapa kawan sendiri dan suami orang pula itu. No way!.

"Saya tak mungkin akan berkawan dengan suami orang. Semua orang tahu Datuk Seri itu suami kepada Datin Seri Tiara Jacquelina dan saya harap sangat orang yang menyebarkan gosip itu berfikir dua atau tiga kali sebelum menyebarkannya. Saya sendiri kenal baik dengan Datin Seri Tiara dan cerita ini sangat mengarut," jelasnya. -sumber Murai

Perkahwinan Tan Sri Isa Samad

Sabtu, 17 April 2010

Memang kalau dah kaya tak salah berbini empat, asalkan adil dan saksama. Itu dah jadi lumrah manusia zaman ini. Jangan lah pula main skandal-skandal dan ada perempuan simpanan itu lagi tak elok, dan menjijikkan. Terbaru Tan Sri Isa Samad yakni merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO. Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari 1982 - 2004 telah selamat mengahwini bekas setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Bibi Sharliza baru-baru ini. Tan Sri menjadi duda selepas kematian isteri beliau disebabkan kanser pada tahun 2005 yang lalu.