Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Azlee dedah kenapa Senario belum 'terkubur' lagi..

Isnin, 6 Februari 2017

Kumpulan Senario mengakui bahawa kumpulan itu masih wujud dan mereka tidak pernah mengundurkan diri dari dunia hiburan tanah air.

Menurut pelawak Azlee berkata, ramai beranggapan bahawa kumpulan itu sudah berkubur kerana kewujudan mereka sudah tiada lagi di mana-mana rancangan sejak tidak bersama TV3 kira-kira tiga tahun lalu.

"Sebenarnya kumpulan kami masih wujud dan tidak menghilang dari dunia hiburan.

"Kami sebenarnya masih aktif namun mengakui sejak tidak lagi bersama TV3 kira-kira tiga tahun lalu tawaran yang diterima semakin berkurangan.

"Kumpulan Senario sudah bertapak selama 20 tahun dalam industri namun akibat daripada kekurangan tawaran kami dikatakan sudah berpisah sebenarnya perkara itu tidak betul.

"Senario sebenarnya masih ada seperti yang anda kenal dan kami tidak pernah mengundurkan diri cuma tidak banyak peluang yang kami dapat sejak tidak lagi bersama TV3," kata Azlee memetik AstroGempak.

PANAS! Lan Pet Pet 'meninggal dunia'

Jumaat, 20 Januari 2017



Kasihan Lan Pet Pet, apabila dikhabarkan oleh sebuah laman sosial media yang memberitahu dia sudah meninggal dunia. Berita yang tersebar luas itu menjadi viral di Whatsapp mahupun Facebook. Lan bagaimanapun agak tenang tetapi meminta agar individu tidak bertanggungjawab itu berhenti menyebarkan berita palsu kerana ia membuatkan ibunya risau.

Keluarga Lan Pet Pet dan isterinya, Ruby Che Wan (20 gambar)

Isnin, 26 Disember 2016

Pergaduhan PANAS! Lan Pet Pet vs MPSJ (video)

Jumaat, 26 Ogos 2016


Selangor - Kekecohan antara Lan Pet Pet dan Penguatkuasa MPSJ apabila tayar keretanya di "clamp" sedangkan dia parking kejap saja dan ada isteri dalam kereta. Tetapi akhirnya semua selesai cara elok. Baguslah tu. Tahniah semua.

Sekitar harijadi Zain Saidin ala koboi (45 gambar)

Khamis, 25 Februari 2016

Lagi Gambar Anak Zaquan, Buka Kedai Sayur

Isnin, 3 Jun 2013


Ini adalah gambar terkini anak kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha dan pelakon, Ayu Raudhah. Memang tiada apa yang beza dengan gambar yang terdahulu. Namun pekembangan terkini cukup membuatkan anak mereka dalam keadaan sihat.

Selain itu, Lan Pet Pet yang juga sebahagian ahli keluarga besar mereka turut tidak ketinggalan mendukung anak mereka. Dalam pada yang sama, 1 Jun yang lalu, adik beradik Zaquan dan Zafuan telah membuka kedai baru. Kedai yang mungkin diusahakan bersama dua adik beradik ini lebih kepada bidang pertanian berbanding makanan restoran. Memang pelik namun begitulah cara mereka mencari peluang.





Lan Pet Pet sorok bini, ikut macam Rosyam Nor

Rabu, 9 Mac 2011

Siapa tidak kenal dengan pelawak terkenal tempatan, Lan Pet Pet. Tapi tidak ramai yang tahu mengenai rumahtangga Lan kan. Tapi minta maaflah yer, Lan tak mahu menceritakan hal rumahtangga, isteri dan keluarganya kepada umum sebab Lan takut “ada orang dengki”. Dan ini semua atas permintaan ibu Lan sendiri. Nanti silap hari bulan, ada orang nak pecah belahkan rumahtangga, kan naya tue. Macam abang Rosyam Nor lah ni, Lan jadikan Abang Rosyam icon ke? hehe.

Mungkin ada yang masih tidak tahu, si Lan ni dah punya isteri. Lan berkahwin dengan adik Rozita Che Wan yang bernama Rubytah Abu Bakar @ Che Wan tarikh pada 20 Ogos 2008. Sykurlah kata Lan, Ruby sangat memahami kerjaya Lan, memandangkan Ruby sendiri sibuk dengan aktiviti kerjaya sebagai pereka fesyen. Semoga Lan bahagia dengan keluarga yang tersayang. -sumber mStar

Lan Pet Pet gurau lucah dengan Wangi

Ahad, 25 April 2010

Orang kata melawak biar kena pada tempatnya, kadang kala ianya boleh menimbulkan banyak spikulasi apatah lagi berkaitan dengan hal-hal sensitif. Mazlan Senario atau dikenali Lan Pet Pet memang sudah lama dalam dunia industri pelawak. Mungkin dia sudah semakin banyak belajar mengenai kesilapan dan berwaspada dengan apa yang dilakukan. Tapi kadang kala terkantoi juga lawak spontan lucahnya itu. Dia melakukan aksi berkenaan dengan Wangi daripada kumpulan The Fabulous Cat. Walaupun dianggap bergurau tapi sepertinya ada yang tak kena..

Senario Masih Lagi Bertahan

Isnin, 12 Oktober 2009

Biarpun negara melihat kemunculan pelawak baru, ia tidak pernah membunuh semangat Lan Pet Pet atau membuatkan dirinya berasa terancam. Malahan, hingga hari ini saham Lan Pet Pet atau Mazlan Ahmad serta 2 lagi anggota Senario, Azlee dan Wahid, tetap bertahan. Jika tidak masakan filem-filem lakonan mereka terus dihasilkan untuk tayangan layar perak.

Pejam celik pejam celik, penglibatan mereka kini sudah pun menjangkau 14 tahun dalam dunia komedi, sejak bakat masing-masing dicungkil menerusi pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan. Disatukan sebagai sebuah kumpulan pada tahun 1996, anggota asalnya terdiri daripada Azlee, Wahid, Ilya, Hamdan dan Lan Pet Pet. Walaupun ada anggota yang telah mengundur diri, nama Senario masih relevan dengan dunia hiburan. Kata Lan yang telah berumah tangga, dia tidak pernah melupakan niat asalnya yang ingin menjadi pelawak dan penghibur.

"Sejak di sekolah rendah lagi saya suka melawak. Perangai gila-gila saya sudah ada sejak dalam kelas hingga ke luar sekolah. Saya terfikir kalau berlawak tentu boleh dapat duit. Saya suka buat orang terhibur dan ketawa," kata bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim, Alor Setar, Kedah ini.
"Kami hargai David Teo (MIG) kerana terus beri kepercayaan untuk menebitkan filem kami. Kami terharu nama Senario masih mampu mengajak peminat ke panggung," katanya merujuk kepada kutipan Senario The Movie Episod 1 yang membolot RM4.5 Juta.
Dan kini selepas Senario The Movie Episod 1, filem Senario The Movie Episod 2 dan Zoo pula bakal ditayangkan tidak lama lagi. Terbarunya Senario The Movie Episod 3 akan memulakan penggambaran hujung tahun ini. Memang jelas itu semua rezeki Lan dan rakan-rakan Senario.

Night at the Museum Made In Malaysia?

Rabu, 15 Julai 2009

Selepas Lisa Surihani dan Lan Pet Pet di gandingkan menerusi filem Jangan Pandang Belakang Congkak (file komedi mix seram), mereka sekali lagi akan digandingkan untuk berlakon bersama dalam filem terbaru yang bertajuk ‘Zoo’ (Zoo manakah yang bertuah menjadi tempat pengambaraan). Filem ‘Zoo’ yang merupakan filem ke 31 MIG Sdn. Bhd yang dijangkakan akan menelan belanja sebanyak RM1.8 juta dan penerbitnya David Teoh optimis yang filem ini mampu meraih kutipan lebih RM10 juta.

Di tanya media tentang filem ini yang di katakan mempunyai jalan cerita mirip Night at The Museum, David Teoh menegaskan yang filem ini tetap berlainan walaupun mempunyai sedikit persamaan. Lisa Surihani juga di fahamkan akan memegang watak sebagai Shila, rakan sekerja Lan (Lan Pet Pet) di Zoo Negara. Mahu tahu apa kisah selanjutnya dalam ‘Zoo’? Tunggu dipawagam anda akan datang..