Gambar Syamsul Yusuf yang wow!

Pada: Selasa, 11 Januari 2011
Sejak memperoleh kejayaan besar sebagai Pengarah Terbaik Filem menerusi Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) serta Lakon Layar Terbaik Filem bagi Anugerah Skrin ke-25 (ASK25) tahun lalu, nama Syamsul Yusof makin meletop. Dia lah pengarah dia juga melakonkan wataknya. Lagi lah bertambah kesan terhadap arahannya sendiri. Anak Datuk Yusuf Haslam ni memang berwibawa sama seperti ayahnya juga. Mana tumpahnya kuah kalau tidak di nasi kan.

-Gambar mStar

Dari filem KL Drift, hingga lah filem seram yang dikatakan paling seram diantara filem seram di Malaysia ni 'Khurafat' yang bakal ditayangkan 13 Januari ni. Filem Khurafat merupakan arahan dan lakonan Syamsul sendiri, sehinggakan ayahnya dijemput di dalam program ilmiyah Al Kuliyyah pada hari Jumaat lalu yang bertajuk Khurafat juga. Korang nantikan filem ini, penulis gerenti filem ini pasti 5 star punya!

Tag : , , ,