Pasangan Razif juara Mari Menari

Pada: Isnin, 20 Disember 2010
Pasangan Mari Menari, Razif dinobat sebagai juara musim pertama yang berlangsung di Studio 1, Astro, di sini, Sabtu lalu. Kuasa penonton menerusi 100 peratus undian SMS telah meletakkan pasangan Razif dan isteri sebagai pemenang dengan 52 peratus. Sementara pasangan Ariz yang mendapat 48 peratus menyusul di tempat kedua.

2 pasangan yang kurang bernasib baik iaitu Zul (19 peratus) dan Fahmi (14 peratus) masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat. Kesemua finalis menampilkan dua persembahan wajib yang bertemakan hip hop dan kontemporari untuk pusingan awal.

Dua pasangan yang mendapat peratusan tertinggi iaitu Razif dan Ariz mara ke pusingan akhir untuk cabaran tarian bertemakan Latin.

Selaku juara, pasangan Razif membawa pulang sebuah kondominium mewah The Haven di Ipoh, Perak yang bernilai RM350,000 dan percutian ke Bali tajaan Hard Rock Bali. -mStar

Tag : , , , ,