Bila Aaron Aziz jadi ustaz

Pada: Sabtu, 6 November 2010
Jangan terkejut pulak bila pelakon kacak, Aaron Aziz jadi ustaz pula. Bukan main lagi kacaknya jika dia jadi ustaz ni. Bukan ustaz segera tetapi ustaz dalam lakonan sahaja lah. Lakonan dalam Filem 2 Alam arahan Dr Rozmey yang pernah ditayangkan satu masa dahulu. Kata Aaron, dia paling suka bila mendengar dialog atau mengucapkan tentang soal hidup dan mati serta amalan yang telah dilakukan sepanjang hidup di dunia ini. Ianya juga cukup menyentuh perasaan sehingga Aaron sendiri pun dapat merasainya. Baguslah kalau macam tu, dalam berlakon sekali gus boleh bermunasabahkan diri.

klik untuk besarkan..

Tag : , , ,