Pengacara Bang Bang Boom ditangkap khalwat isteri orang!

Pada: Rabu, 13 Oktober 2010
Pengacara program komedi, Ahmad Azahari Mohamad Ali yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) minggu lalu selepas disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah apartmen di Ampang, hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, baru-baru ini. Ahmad Azahari adalah pengacara program Bang Bang Boom hadir ke pejabat agama ditemani seorang rakannya selepas dipanggil untuk disoal siasat berhubung dakwaan yang dikenakan terhadapnya itu.

Sabtu lalu, Harian Metro menyiarkan laporan berhubung seorang pengacara rancangan televisyen berusia 27 tahun ditahan Jais kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita berusia 27 tahun serta masih berstatus isteri orang. Dalam laporan itu, pengacara itu mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama sebaliknya hanya membantu wanita itu mengemas barang kerana mahu ke Kota Kinabalu, Sabah.

sapa tahu yang mana satu Azahari??

Tag : , , ,