Imam Muda Asyraf tunaikan Haji

Pada: Isnin, 18 Oktober 2010
Juara Imam Muda di Astro Oasis, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, telah bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji pada Ahad kelmarin, pukul 1.30 pagi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Menurut Asyraf, dia menunaikan haji atas tiket hadiah yang dimenanginya dalam program Imam Muda yang berakhir pada Julai lalu.

“Saya pergi menunaikan haji seorang diri tanpa ditemani isteri (Nurhusna Yusof). Saya mohon maaf andai ada kesilapan. Doakan semoga saya mendapat haji mabrur dan sihat di sana." -mStar

Tag : , , ,