Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kun Anta versi Imam Muda Asyraf

Ahad, 31 Mei 2015

Yatt Hamzah lihat wanita buka aurat di panggang!

Rabu, 16 Mei 2012

Artikel dibawah ini dipetik daripada laman fan facebook page Imam Muda 3. Admin melihatnya, dan ramai yang like dan share mengenai kejadian yang terjadi kepada Yatt. Apa-apa pun korang baca dan nilai sendiri kejadian luar biasa daripada Allah ini untuk mereka yang inginkan hidayahNYA.

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Ustazah Pilihan Kini Bermula..

Sabtu, 1 Oktober 2011

Selepas program Imam Muda I dan II telah mendapat sambutan yang agak membrangsangkan, kini pencarian pelapis pendakwah muda wanita telah bermula dimana pihak Astro Oasis berjaya memilih 11 calon untuk program Ustazah Pilihan selepas beberapa siri uji bakat yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara bermula Julai 2011. Daripada 40 peserta yang di senarai pendekkan, hanya memilih 11 peserta kerana mereka dilihat layak untuk menyertai rancangan berkenaan berdasarkan pengetahuan masing-masing.

Antara kelebihan peserta terpilih adalah berkelulusan universiti dan boleh bertutur dalam bahasa asing seperti bahasa Arab dan Parsi. Mereka akan di uji dengan tugasan mengendalikan permasalahan berkaitan wanita dan berdakwah kepada orang lain. Mereka akan dilatih untuk menjadi wanita yang berkualiti daripada segi pemikiran dan perwatakan agar dapat menjadi ikon muslimah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Berikut adalah senarai 11 peserta Ustazah Pilihan.

* Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah) 20,
* Nur Aqidah Mawardi (Aqidah) 21.
* Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah) 21.
* Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah) 21.
* Masfira Hilman (Fira) 27.
* Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz) 27.
* Siti Nor Hafidza Razali (Fizah) 21.
* Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya) 26.
* Nina Syazmeen Mohd Din (Nina) 23.
* Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti) 26.
* Maryanti Ramle (Yanti) 23.

Dato' Siti Nurhaliza bertudung, Kerjakan Umrah Seminggu

Khamis, 18 Ogos 2011

SimplySiti yang sebelum ini menjadi kontroversi, kini semakin diberikan nafas segar dan tetap meneruskan perniagaannya seperti biasa, malahan di bulan Suci ini, SimplySiti juga telah menganjurka majlis doa selamat dan berbuka puasa di Masjid Wilayah Persekutuan (tempat pernikahan mereka 5 tahun yang lalu) pada Selasa lalu. Turut hadir, penaungnya sendiri, Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, yang berpakaian serba hitam dan bertudung bagi Dato' Siti.

Tetamu istimewa yang turut diundang adalah anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gombak dan komposer Yassin, kumpulan nasyid Now See Heart serta Imam Muda pertama, Asyraf. Selain daripada itu, Dato' Siti mengumumkan yang dia dan suaminy akan mengerjakan umrah pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini.

[via 1] [via 2]

Imam Muda Hassan juara IM2

Sabtu, 2 Julai 2011

Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, dinobatkan sebagai juara program pencarian Imam Muda musim kedua (IM2) selepas mengetepikan Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah, di sini, Jumaat. Kemenangan tersebut melayakkan Hassan membawa pulang hadiah tajaan biasiswa penuh pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, kereta Proton Exora, pakej haji dan umrah serta wang tunai RM55 ribu.

Dia juga menerima sebuah iPad, telefon bimbit, voucer Perabot Jati bernilai RM15 ribu, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital dan trofi.

Manakala Nazrul menerima biasiswa pengajian di universiti yang sama, kereta Proton Persona dan wang tunai sebanyak RM20 ribu. Pemuda dari Johor ini juga menerima voucer Perabot Jati bernilai RM10 ribu, pakej umrah, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.

Sementara itu, lapan lagi peserta yang sudah tersingkir menerima biasiswa pengajian di universiti yang sama, pakej umrah, iPad, pakej percutian, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.
-Sumber : mStar

Ps: Alhamdulillah.. Tahniah kepada Imam Muda Hassan. :)

Fahrin Ahmad host rancangan Imam Muda ll

Khamis, 23 Jun 2011

Seperti sedia maklum, pengacara Imam Muda musim kedua, Dzulkarnain Hamzah (ustaz Dzul) terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu. Kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kirinya.

Berikutan itu dia terpaksa berehat untuk mengacarakan rancangan Iman Muda 2 sehinggalah benar-benar pulih sepenuhnya. Sementara itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, tempat ustaz Dzull akan digantikan sementara oleh pelakon Fahrin Ahmad. (rekod Fahrin setakat ni telah dijemput jadi host Forum Perdana HEI TV1)

Sumber : mStar

Nabil RL mengimamkan solat

Ahad, 12 Jun 2011

Sungguh tak disangka berita yang didengarkan ni, dipetik daripada laman Kosmo yang memberitahu bahawasanya Nabil jadi imam. Imam bukan sebarang imam atau lakonan, ini betul-betul terjadi di sebuah surau di salah sebuah pasaraya di ibukota. Kehadiran Nabil membuatkan seorang member ni terpukau apatahlagi Nabil sempat mengimamkan solat. Baguslah kalau macam itu, solat tue kan satu KEWAJIPAN kepada mereka yang mengaku beragama Islam.

“Ahli keluarga saya itu bangga melihat anak muda seperti Nabil berani dan tahu mengimamkan solat jemaah di surau.

“Dia bukan bangga kerana seorang selebriti mengetuai solat itu. Sebaliknya bersyukur kerana Nabil walaupun berstatus pelakon dan Raja Lawak, dia tidak melupakan hal akhirat,” ujar member berkenaan kepada Kosmo

Mawi feat Akhil Hayy - HAMBAMU

Khamis, 12 Mei 2011

Siapa yang minat tengok program realiti Islam pertama, Imam Muda II di Astro Oasis mesti dah tahu lagu temanya kan. Best kan? hehe.. Lagu tema kali ni agak berbeza sebab digandingkan penyanyi popular, Mawi dan juga Akhil Hayy. Lagu hasil ciptaan Edry Abdul Halim memang sedap didengar. Iramanya yang moden namun mempunyai mesej yang terbaik. Oklah, sokonglah program macam ni erk, tak perlulah nak sokong program realiti yang sia-sia korbankan duit korang.. Peace no war.. :)


Imam Muda Asyraf tunaikan Haji

Isnin, 18 Oktober 2010

Juara Imam Muda di Astro Oasis, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, telah bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji pada Ahad kelmarin, pukul 1.30 pagi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Menurut Asyraf, dia menunaikan haji atas tiket hadiah yang dimenanginya dalam program Imam Muda yang berakhir pada Julai lalu.

“Saya pergi menunaikan haji seorang diri tanpa ditemani isteri (Nurhusna Yusof). Saya mohon maaf andai ada kesilapan. Doakan semoga saya mendapat haji mabrur dan sihat di sana." -mStar