Selepas kes khalwat, Azahari masih lagi kekal!

Pada: Selasa, 19 Oktober 2010
Pengacara program Bang Bang Boom!, Ahmad Azahari Mohamad Ali, 27, tahu kesalahan diri. Kejadian itu sepatutnya boleh dielakkan jika dia berfikir lebih panjang semasa hari kejadian dan akibatnya ditangkap khalwat dengan isteri orang. Namun apa yang mengembirakan pengacara ini adalah dengan tiada tindakan apa-apa yang diambil pihak penerbit keatas dirinya. Penerbit program itu, Tengku Mohd. Ismail Tengku Ibrahim pula berkata, pihak produksi masih memerlukan khidmat Azahari. Bahkan, tiada tindakan diambil walaupun insiden tersebut sedikit sebanyak memperlihatkan kesan sendiri.

“Kita bersikap profesional dengan tidak mencampurkan hal peribadi dan kerja. Lagipun, Azahari tiada masalah dengan pihak produksi. Jadi, kami hormati setiap ruang personalnya,” jawabnya. -Kosmo
Memanglah tidak mencampurkan hal pribadi, tapi kalau dah latar belakang macam tue, tak kan masih nak kekalkan juga, nanti pengacara yang lain juga akan ikut-ikut, jadi masalah buang pekerjaan tidak menjadi beban dan tak payah difikirkan, bebas buat khalwat, kena tangkap pun No Hal punya, karier masih ada. Adeh~.

Tag : , , ,