Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kenyataan mengejutkan dari Nurul Syuhada...

Rabu, 25 Mei 2016


Pengacara Nurul Syuhada kembali semula ke bidang penyiaran dengan mengendalikan rancangan Salam Dhuha di Astro Oasis selepas dua tahun berehat bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.

Nurul menerima tawaran untuk mengendalikan program bual bicara berkenaan selepas kedua-dua cahaya matanya kini semakin membesar.

Gambar Setahun Anak Farah Diana

Rabu, 28 Ogos 2013

Dah genap setahun dah anak kepada pengacara Farah Diana atau lebih dikenali dengan Farah AF2. Nama anaknya, Elsa Johan yang comel ini sentiasa diberikan perhatian sepenuhnya, maklumlah anak sulung memandangkan Farah belum lagi kelihatan nak hamil/mengandung lagi. Jom layan. -Instagram farahdianaanuar

Gambar Farah AF Terkini

Rabu, 30 Januari 2013

Kali ini menampilkan Farah pula. Tapi ini Farah AF 2 atau Farah Diana, seorang pengacara yang juga dikenali kerana kemesraan dan kecelotehannya ketika menjadi pengacara..

Farah yang berkahwin dengan suaminya, Johan pada Julai 2011 telah dikurniakan anak sulung pada 15 Ogos 2012 yang lalu. Nama anak comel mereka ini adalah, Elsa Johan. Nak tengok perkembangan atau gambar mereka sekeluarga, taraa..

Gambar Pelakon Elfaeza Ul Haq

Selasa, 9 Oktober 2012

Pelakon cantik yang berasal dari negara seberang, bukan Indon, tapi Singapura, Elfaeza Ul Haq kini mencari rezeki di Malaysia dalam meningkatkan pengalamannya dalam bidang berkenaan. Namun dia menjadi risau jika isu kerakyatan menjadi isu yang dibangkitkan sekiranya dia mendapat nama berbanding artis tempatan lain.

Dalam pada masa yang sama, Elfaeza Ul Haq yang juga pelakon pembantu untuk drama, Adam dan Hawa yang kini popular itu, amat berpuas hati kerana drama itu sedikit sebanyak memberikan dia ilmu yang berguna.

Rezeki Elfaeza tidak hanya disitu, dia kini mendapat tawaran untuk drama 13 episod berjudul Cinta Qaseh untuk slot Lestari di TV3 dan jua telefilem Jambatan Ke Syurga di Astro Oasis. -VIA

Kisah Rumahtangga Farah AF2

Khamis, 20 Oktober 2011

Pengacara Rasa Halal Orient Astro Oasis, Farah Diana Anuar, atau Farah AF, kini lebih selesa dengan kehidupannya sekarang, biarpun bercampur aduk dengan kerjaya personaliti, tapi tugas Farah sebagai seorang isteri tidak pernah diabaikan.

Menyentuh mengenai kehidupan sebagai seorang isteri, kata Farah, dia kini sudah banyak mengenali bahan-bahan mentah dalam masakan.

Jika diuji dengan jenis-jenis sayur Farah tiada masalah untuk membezakannya. Sejak mengacara program makanan, Farah dah tahu banyak benda mengenai masakan.

Farah juga sudah cuba masak sambal udang untuk suami tercinta. Cuma lauk kegemarannya kari ikan masih belum Farah cuba buat lagi.

Soal anak pula, Farah memberitahu masih belum ada rezeki. Dia juga mengaku tidak merancang untuk mendapatkan anak.
[artikel via]

Ustazah Pilihan Kini Bermula..

Sabtu, 1 Oktober 2011

Selepas program Imam Muda I dan II telah mendapat sambutan yang agak membrangsangkan, kini pencarian pelapis pendakwah muda wanita telah bermula dimana pihak Astro Oasis berjaya memilih 11 calon untuk program Ustazah Pilihan selepas beberapa siri uji bakat yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara bermula Julai 2011. Daripada 40 peserta yang di senarai pendekkan, hanya memilih 11 peserta kerana mereka dilihat layak untuk menyertai rancangan berkenaan berdasarkan pengetahuan masing-masing.

Antara kelebihan peserta terpilih adalah berkelulusan universiti dan boleh bertutur dalam bahasa asing seperti bahasa Arab dan Parsi. Mereka akan di uji dengan tugasan mengendalikan permasalahan berkaitan wanita dan berdakwah kepada orang lain. Mereka akan dilatih untuk menjadi wanita yang berkualiti daripada segi pemikiran dan perwatakan agar dapat menjadi ikon muslimah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Berikut adalah senarai 11 peserta Ustazah Pilihan.

* Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah) 20,
* Nur Aqidah Mawardi (Aqidah) 21.
* Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah) 21.
* Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah) 21.
* Masfira Hilman (Fira) 27.
* Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz) 27.
* Siti Nor Hafidza Razali (Fizah) 21.
* Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya) 26.
* Nina Syazmeen Mohd Din (Nina) 23.
* Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti) 26.
* Maryanti Ramle (Yanti) 23.

Akhil Hayy kini kembali dalam Cubaan!

Selasa, 12 Julai 2011

Sudah lama tidak melihat kelibat Akhil Hayy di kaca TV terutama di Astro Oasis. Mungkin dia berehat atau melakukan tugas lain kot. Tak pun gara-gara buat program 13 episod ni yang dinamakan Cubaan dimana program tv ini akan menerjah orang awam sambil berdakwah. Jangan salah anggap atau fikir bukan-bukan mengenai program ini, sebab program ini hanyalah berbentuk santai dan spontan namun tidak bermakna hendak mengaibkan pihak tertentu.

Baguslah, sekurang-kurangnya ada juga masih program yang menyedarkan kita tentang bahaya di zaman ini dari segi moral dan sosial. Dan jangan lupa program itu akan disiarkan pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam bermula 16 Julai ini hanya di Astro Oasis.

Sumber : mStar

gambar kad perkahwinan Farah AF2, Johan

Jumaat, 8 Julai 2011

Pengacara Rasa Halal Orient Oasis, Farah Diana, 26 atau Farah AF2 yang bakal menamatkan zaman bujangya bersama dengan, Johan bin Johari tidak lama lagi sudah pun mengedarkan kad perkahwinan mereka. Kad berbentuk kipas tangan itu sememangnya cukup unik dan moden. Nampak simple jerk kan. Dulu Zed Zaidi dengan ala-ala Facebook, Noh dan Mizz pula ala-ala baju Jepun. Pas ni korang fikirkanlah nak buat macamna erk, untuk mengelakkan orang membuang daripada menyimpan kad kahwin anda tue.. Hehe. Seperti sedia maklum majlis perkahwinan Farah AF2 dan Johan akan berlangsung di Pusat Maritim Putrajaya pada 16 Julai 2011 nanti.

Imam Muda Asyraf tunaikan Haji

Isnin, 18 Oktober 2010

Juara Imam Muda di Astro Oasis, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, telah bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji pada Ahad kelmarin, pukul 1.30 pagi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Menurut Asyraf, dia menunaikan haji atas tiket hadiah yang dimenanginya dalam program Imam Muda yang berakhir pada Julai lalu.

“Saya pergi menunaikan haji seorang diri tanpa ditemani isteri (Nurhusna Yusof). Saya mohon maaf andai ada kesilapan. Doakan semoga saya mendapat haji mabrur dan sihat di sana." -mStar

Rozita Che Wan pakai tudung dalam Oasis

Rabu, 9 Jun 2010

Drama bersiri Aku Terima Nikahnya yang mengisahkan seorang anak dara muslimah yang mencari cinta. Sinopsisnya begini, Sabrina merupakan seorang wanita cantik, lemah-lembut dan bekerjaya sebagai editor majalah muslimah. Sabrina telah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta dari mana-mana lelaki gara-gara teman lelakinya berlaku curang. Tue ler sinopsis yang ringkas sahaja, ngeh3. Walaupun dah sebulan dua dah main kat Astro Oasis, namun ianya masih lagi menghangatkan jalan ceritanya dengan kemunculan Rozita Che Wan. Manis bertudung labuh di rumah mahupun diluar rumah. Kalau diluar set begini gak kan elok, janji dia pas umrah juga tertunai. :)

Ashraf Muslim buka pusat perubatan Darussyifa?

Rabu, 24 Mac 2010

Pelakon yang terkenal dengan babak Islamic dan alim, Ashraf Muslim dikatakan telah membuka satu pusat pengamal perubatan tradisional berlandaskan Islam dan al Quran, yakni Pusat Perubatan Darussyifa' yang diasaskan oleh Ust Harun Din. Tiada info yang menguatkan dakwaan itu, tapi ada seseorang telah lalu dihadapan rumah mak dan ayah Ashraf di Telok Mas, Melaka dan kelihatan berduyun orang berada di rumah itu untuk berubat.

Kalau ada sesiapa yang pernah gi sana, boleh lah inform kan kat ruangan komen dibawah ni, untuk kebaikkan pembaca yang lain juga kan. Ashraf sebelum ni merupakan host untuk rancangan perubatan juga di Astro Oasis, Syifa al Hidayah yang diasaskan oleh Hj Lokman yang bertempat kat Sg Pusu Gombak. Bagus benor keje si Ashraf ni membantu orang yang ada penyakit, jika benar cerita ini, semoga kerja Ashraf ini dapat berkat dan limpah kurnia daripada Allah SWT.

Cafe Akhil Hayy Ditutup

Sabtu, 22 Ogos 2009

Rancangan Cafe Akhil Hayy yang ke udara di Astro Oasis akan dihentikan yakni tidak disambung siarannya untuk musim ketiga kerana berdepan dengan pergolakan yang melanda Ustaz Akhil Hayy selain seorang lagi pelakon pembantunya telah ditahan pihak berkuasa atas satu kesalahan, baru-baru ini.


Perkara ini disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar. Beliau berkata, pihak Astro Oasis sedang mengkaji impak daripada pergolakan yang melanda Akhil sejak akhir-akhir ini kerana ia turut menjejaskan imej Astro Oasis serta program itu selepas bercerai dengan isterinya, Maizawati Zainal dan kemudian bernikah pula dengan penyanyi dan pelakon Waheeda.

Katanya, sebagai stesen TV berbayar, pihaknya perlu mengambil kira maklum balas atau respon penonton yang rata-rata menunjukkan sentimen tidak puas hati terhadap pergolakan yang melanda Akhil sebagai ikon remaja muslim. -Murai