Pada:
Khamis, 16 September 2010
Kata Abby, dia tiada hak untuk menghalang Norman bertunang atau berkahwin lagi tetapi meminta agar diselesaikan dulu hutang wang hantarannya lapan tahun lalu (mereka menikah pada 8 Januari 2002) dan apa yang sewajarnya dilakukan sebagai seorang ayah kepada tiga anak mereka, Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2."Saya bersyukur dengan kehidupan saya dan apa yang baik untuk Norman. Saya tak kisah pun kalau mereka nak berkahwin tapi masalahnya sekarang sebelum dia sediakan wang hantaran baru, dia perlulah bayar hantaran saya dulu. Wang itu boleh juga saya gunakan untuk perbelanjaan anak-anak kami.
"Mereka semakin besar dan perlukan perbelanjaan yang banyak. Selama ini apa yang Norman buat tak seperti yang diucapkannya. Sejak dulu saya menanggung semuanya. Sekarang pun dia masih tak menanggung nafkah anak-anak dengan sepenuhnya. Dia cuma bagi ala kadar dan ikut suka hati. tambah Abby.
Tag : Abby Abadi , Gossip Artis , Memey , Norman Hakim

