Norish Karman dah ada kekasih baru

Pada: Rabu, 15 September 2010
Selepas beberapa bulan bercerai dengan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60, dan hidup bersama selama 12 tahun, mereka dikurniakan tiga anak yakni Haqiem Armany, 11; Hardy Amieran, 7, dan Putri Hanyz Amanda, 6., janda, pelakon dan juga pengacara tv, Norish Karman mengakui yang dia sudah mempunyai kekasih baru. Norish berkata, hatinya terpaut pada lelaki bukan artis yang enggan didedahkan identitinya.

"Saya mempunyai seseorang yang istimewa dalam hidup saya. Bagaimanapun, saya fokus pada karier saya," kata Norish.
Menurut Norish hubungan lelaki itu dengan anak-anaknya adalah baik dan ini sedikit-sebanyak mendorongnya untuk menerima lelaki terbabit.
"Yang penting mereka ada hubungan rapat dan kami saling menyayangi. Barulah percintaan ini boleh berhasil," tambah Norish. -mStar

Tag : , , ,