Syafinaz sibuk sampai tak da masa cari jodoh

Pada: Khamis, 12 Ogos 2010
Dalam usia yang menginjak ke 37 tahun, Syafinaz Selamat dilihat masih sendiri. Tiada jejaka yang mendampingi personaliti ini. Malah susah hendak mendengar gosip atau kisah percintaan Syafinaz diceritakan oleh pihak media. Sebaliknya, hanya kisah tentang kerjaya seninya atau tugasnya sebagai tenaga pengajar sahaja kedengaran. Agak-agaknya, mengapa Syafinaz masih lagi tidak mempunyai teman istimewa? Bukannya dia tidak cantik, malah memiliki tubuh yang didamkan oleh ramai wanita lagi. Mungkinkah penyanyi yang berasal dari Johor ini terlalu memilih sehingga menyebabkan tidak ada lelaki yang mampu menambat hatinya?

“Bukan saya tidak mahu bercinta, tetapi saya ini terlalu sibuk. Tiada masa hendak bersosial. Sebab itu sampai sekarang saya tidak berkesempatan bertemu dengan lelaki yang boleh dijadikan teman istimewa. Setiap hari jadual kerja saya cukup padat. Bermula dari awal pagi hinggalah lewat malam. Jadi macamanalah saya hendak luangkan masa untuk bercinta?
“Kalau pasal memilih itu, memanglah kita kena memilih. Takkanlah hendak tangkap muat sahaja orang yang hendak dijadikan pasangan hidup. Bagaimanapun, saya tidaklah terlalu cerewet. Saya sukakan lelaki yang sentiasa kelihatan kemas, tidak terlalu ego dan pandai menghormati wanita. Selain itu, dia juga mesti mampu menyara hidup sekeluarga nanti (orang kaya lah ni dah semestinya. haha)” ujar Syafinaz. -Gua

Tag : , , ,