Apa motif Anuar Zain tak pakai baju Melayu?

Pada: Khamis, 12 Ogos 2010
Anuar Zain memeriahkan rakaman program Bersamamu khas untuk tayangan sempena Hari Raya Aidilfitri terbitan TV3 nanti. Tapi melihat penampilan Anuar pada majlis itu macam tak kena pula apabila dia mengenakan kemeja lengan panjang, berseluar hitam, bersampin dan bersongkok. Apalah salahnya kalau pakai baju melayu. Sah-sah ia sebuah program sempena hari raya. Kalau payah sangat nak pakai baju melayu, pakailah kemeja sahaja. Tak payahlah nak bersampin pulak. Ganjil kelihatan.

Anak-anak lelaki yang diraikan rata-rata mengenakan baju Melayu sebab mahu mengikut tema majlis tersebut. Apahal Anuar pakai macam itu pulak? Tak tahulah kalau memang Anuar sengaja pakai macam itu sebab mahu membuat identiti baru baju raya tahun ini. -ManggaOnline
Mungkin Anuar ada sebeb tersendiri tampil dengan fesyen macam itu. Agaknya dia sibuk sehingga tak sempat menukar pakaian tak pun kecemasan sebab dari studio terus ke majlis tu. Kuikui..

Tag : , , ,