Mawi nafi kahwin lagi dengan gadis Temerloh

Pada: Isnin, 2 Ogos 2010
Dalam keratan akhbar edisi online/offline, Kosmo ada menceritakan bahawasanya Mawi penyanyi paling popular satu masa dahulu ini sudah berkahwin dengan wanita yang berasal dari Temerloh, Pahang. Tapi dimaklumkan Mawi sendiri, dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan. Kerana kekurangan bukti dan saksi, maka cerita ini masih lagi menjadi misteri kepada peminat samaada Ekin dimadukan atau tidak oleh Mawi. Mawi juga masih sayangkan Ekin dan tetap setia kepadanya sebagai penepik tangapan gossip liar berkenaan.

KUALA LUMPUR - "Saya setia kepada Ekin seorang!"

Itulah penjelasan juara Akademi Fantasia Ketiga (AF3), Mawi atau Asmawi Ani, 29, mengenai gosip hangat kononnya beliau sudah berkahwin lagi. Mawi hairan bagaimana gosip beliau berkahwin lagi itu tersebar di kalangan wartawan hiburan sejak beberapa hari lalu.

"Saya dah lali dilemparkan dengan pelbagai tohmahan negatif, jadi saya reda sahaja kali ini. Semua ini di luar kawalan saya" jelas Mawi ketika dihubungi di sini semalam. -Kosmo

Tag : , , ,