Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ekin geli bila Mawi makan makanan ini... (3 gambar)

Khamis, 3 November 2016


Mawi menceritakan pengalaman ketika terlibat dalam program dokumentari kembaranya di kawasan luar bandar di mana memaparkan pengisian yang unik seperti memakan landak dan juga telur belangkas.

Imej terbaru Mawi untuk kebangkitan semula nyanyiannya..

Isnin, 30 Mei 2016

Keluarga bahagia Mawi, Ekin (9 gambar)

Jumaat, 8 April 2016

Mawi ke Palestin tapi gerun bila melihat... (6 gambar)

Isnin, 3 Ogos 2015

Baru-baru ini Mawi ada pergi membuat lawatan ke Palestin dan Israel kemungkinan atas kunjungan misi kemanusian. Selain itu Mawi sempat pergi melawat ke tempat-tempat bersejarah dalam Islam seperti masjid Al-Aqsa dan masjid Buraq.

Bahkan sehinggakan Mawi merasa terkejut dan gerun kerana ada seorang pemuda bersenjata M16 berkawal di pasar sekitar sana.

Perkembangan terkini Mawi yang mengejutkan..

Isnin, 6 April 2015


Lama sudah kita pernah Mawi kan, dulu bukan lagi main gah namanya, kini semakin ditelan arus dan kelahiran ramai artis-artis realiti.

Mari kita lihat perkembangan terkini Mawi melalui video ini. -video mStar


Anak Mawi, Ekin terkini (12 gambar)

Selasa, 23 Disember 2014

Dengar cerita yang Mawi dan Ekin serta anak sulung mereka, Cahaya Malaika bakal mengerjakan umrah kali ke-2 dengan disponser oleh syarikat IL Creatives Ventures dan Halcent Discovery Holidays Sdn Bhd memetik portal SinarHarian.

Gabungan Mawi, Hazama & Daily terbaek!

Isnin, 20 Oktober 2014

Dengarnya Mawi sejak beberapa bulan ini semakin aktif semula dengan bidang nyanyian. Terbaru dia dengan penyanyi Hazama dan Daily Filsuf (Ahli Fiqir) telah membuat single lagu terbaru yang berjudul Al Nuraa....Yang 5 ....Yang 6? Ada juga yang tertanya-tanya apa itu Yang 5 ....Yang 6.

Dengar-dengar lagu ini agak menarik untuk didengar. Satu evolusi baru di dalam dunia nasyid tempatan. -gambar Kosmo!

Gambar Ekin, Mawi dan anak dihina..

Sabtu, 12 Julai 2014

Apalah nasib suami isteri Mawi dan Ekin apabila sekeping gambar yang dimuatnaik ke dalam laman sosial telah dikecam dan dicercah tidak masuk akal sekali.

Memang mulut manusia tiada siapa boleh control, tapi sebagai umat Islam, akhlak di dalam menjaga mulut adalah juga amat penting. Istilah mulut disini, sama sahaja dengan istilah menaip. Mahu bercakap tapi menggunakan perantara menaip perkataan.

Apa nak jadi dengan laman sosial sekarang ni. Lebih banyak rosak dari baiknya. Ish2.

Astro banned Akhil Hayy selama 4 tahun?

Jumaat, 30 Mei 2014

Menurut laporan MalaysianDigest, lama sudah kita tidak mendengar kisah Akhil Hayy. Difahamkan berita terbaru mengenai dirinya, dia di banned oleh Astro. Isu ini sebenarnya sudah 4 tahun menimpa Akhil. Dulu pernah Akhil tampil dalam rancangan Cafe Akhil Hayy namun rancangan itu hanya tinggal kenangan sahaja.
"Mula-mula zikir saya ditarik. Kemudian Azan saya pula ditarik. Saya juga sepatutnya menjadi juri untuk program realiti Pencetus Ummah, tapi tak jadi. Terbaru, saya ditawarkan berlakon untuk sebuah telemovie 'Rock Sangkut', terbitan produksi Mawi (Mawi Entertainment). Namun Mawi memaklumkan nama saya tidak diterima oleh pihak stesen tersebut.

Ketika saya dimaklumkan perkara itu, Mawi sendiri tidak dapat memberikan alasan kerana pihak stesen tersebut tidak menyatakan sebab kenapa nam saya ditolak,

"Saya tidak tahu kenapa? Saya tiada masalah dengan stesen televisyen berkenaan. Tapi saya ada rujuk kepada pihak Astro dan mengikut sumber yang dipercayai, nama saya ditolak gara-gara seorang individu yang mempunyai kepentingan dalam stesen TV tersebut",

"Saya tidak tahu sebab kenapa individu itu berbuat demikian. Saya cuma mahu beliau beritahu saya satu alasan kukuh kenapa nama saya disekat?. Sehingga kini saya tidak berjumpa dengan individu itu untuk berbincang kerana saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan beliau",

Mawi, Ekin Turun Padang Bantu Orang Susah

Selasa, 10 Disember 2013

Baru-baru ini pasangan Mawi dan Ekin telah membuat satu kerja amal apabila mereka bersama-sama pergi membantu golongan gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur.

Memetik sumber MediaHiburan, kerja amal itu adalah bersempena 'Jelajah Uneqeuin' dengan memberi fokus golongan berkenaan di sekitar Jalan Chow Kita, Jalan Sultan dan Jalan Petaling yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
"Ruginya buat baik menunjuk2."
Namun ada sesetengah pihak/follower yang menyatakan mereka berdua ini menunjuk-nunjuk apabila gambar ini mula dimuatnaik. Persepsi orang memang begitu, cakap sahaja lebih, komen tahap dewa, buat tak nak pula.

Gambar Ina Naim Kini Berpurdah

Khamis, 5 September 2013

Lama sudah kita tidak mendengar berita orang yang satu masa dahulu ada dikaitkan dengan Mawi, iaitu Ina Naim yang kini sudah menjadi isteri kepada penyanyi nasyid Inteam, Suhami Saad.

Perkahwinan mereka kini sudah 6 tahun dan dikurniakan 3 cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah, setahun.

Kini Ina cuma menjadi surirumah sepenuh masa, dan bakal menyanyi lagu nasyid tidak lama lagi hasil daripada sumbangan suaminya sendiri.

Dan yang pasti penampilan Ina juga berubah, yakni berpurdah.
"Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

"Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami," -Ina Naim memetik portal mStar

Dunia Seni Tak Menjamin Masa Depan - Mawi

Isnin, 19 Ogos 2013

Siapa tidak kenal dengan Mawi, yang menjadi perhatian dan ramai peminatnya. Kini Mawi kelihatan semakin menyepikan dari dunia seninya dan memfokuskan bidang perniagaan UneQuein (kesihatan).

Menurut laporan Kosmo! semalam, Mawi menganggap keputusannya untuk berada lebih di dalam bidang perniagaan berbanding di dunia seni adalah tepat. Mawi menganggap dunia seni tidak menjamin masa depannya yang cerah buat diri dan keluarganya.

Ekin Cederakan Aien Sampai Melecur!

Rabu, 7 Ogos 2013


Kisah ini memetik daripada portal SinarHarian semalam. Dimana Ekin iaitu isteri kepada Mawi dan juga kembar kepada Aien pernah mengakui mencederakan kembarnya itu tahap teruk juga lah katakan.

Mana tidaknya sampai melecur dan berkudis. Tak ke naya kerjanya tu. Tapi itu semua cerita bermula apabila mereka masih lagi kanak-kanak bermain mercun/bunga api. Haha.

Zaman kanak-kanak rindu juga nak main mercun, sekarang dah dewasa main Facebook je di malam Raya.

"Ketika itu, saya dan Aien, sedang main bunga api. Seperti pasangan kembar yang lain, kami juga gemar mengusik.

"Masa tengah seronok main, bunga api yang saya pegang terkena muka Aien. Dia terus menangis dan ibu terus membawanya ke klinik.

"Kecederaan di muka Aein agak teruk apabila kulit mukanya melecur dan berkudis.

"Saya memang rasa bersalah dengan Aien dan minta maaf. Tapi, Aien merajuk dan tak nak maafkan saya.

"Syukur Alhamdulillah, kesan melecur itu hilang bila meningkat remaja. Selepas insiden itu, kami dah fobia nak main bunga api," -Ekin

Kembar Ekin, Aien Kini Mengandung?

Jumaat, 12 Julai 2013

Sepertinya kembar Ekin, Datin Aien kini kelihatan seperti hamil/mengandung beberapa bulan. Melihat badannya yang begitu naik dan perutnya yang dah membesar memperlihatkan Datin Aien kini berbeza dengan dahulu.

Suaminya, Datuk Arif Ambrose Leonard mungkin antara individu yang gembira jika benar Aien sudah mengandung. Mereka sudah hampir 4 tahun mendirikan rumahtangga.

Gambar anak Mawi, Ekin Terkini

Khamis, 20 Jun 2013

Dah besar memanjang dah anak Mawi dan Ekin, Cahaya Malika setahun setengah dah usianya. Yang lahir pada bulan Februari 2012 yang lalu. Tak perlu fikir lama, jom layan.


Saya Masih Lagi Anak Seni! -Mawi

Isnin, 13 Mei 2013

Siapa kata Mawi dah tenggelam, Mawi kini masih lagi terbukti wujud dipersada anak seni, dan mengakui dirinya masih lagi dalam pentas hiburan tempatan.

Mawi ada mengeluarkan album pada tahun 2012 yang berjudul Asma Ul Husna dalam versi arab, namu kemungkinan tahun ini, dia akan mengeluarkan album yang sama namun berbahasa Melayu dengan berduet dengan Jeff A to Z.
Popular saya dah rasa (berseloroh). Ia ada zaman. Tapi saya masih ada dalam industri...tak hilang dalam industri. Alhamdulillah masih ada orang panggil saya menyanyi. Lagi-lagi sekarang musim kempen. Memanglah...saya mengaku, saya tak sepopular lima, enam tahun lalu.

Tapi, zaman itu apabila kita dapat rasa daripada awal kemunculan hingga tiga, empat tahun selepas itu. Mungkin sudah tertulis, setakat ini. Tapi saya teruskan...masih teruskan sebab saya suka dengan apa yang saya buat sekarang. - kata Mawi. -SinarHarian

Gambar Cahaya Malika Dengan Ayahnya, Mawi

Rabu, 10 April 2013

Dah nak berusia setahun dah anak Mawi dan Ekin, Cahaya Malika. Keriangan jelas terpampang di pangkuan ayahnya.

Mawi pun dah hampir sepi tanpa khabar berita, harap penyanyi ni boleh lah meletupkan diri lagi di masa hadapan.


Gambar Ekin dan Aien

Selasa, 2 April 2013

Isteri kepada Mawi, Ekin dan kembarnya, Datin Aien memang tidak dapat dipisahkan walaupun kedua-duanya sudah mendirikan rumahtangga. Pastinya korang ingin melihat gambar mereka bersama kan.

Gambar dibawah seperti anak kepada Mawi, Cahaya Malika yang berusia setahun.


Anak Mawi, Ekin = Cahaya Malika kini 5 bulan

Jumaat, 20 Julai 2012

Usia anak Mawi dan Ekin, Cahaya Malaika kini sudah mencecah hampir 5 bulan, dan ini memberikan gambaran yang keluarga Mawi kini berbahagia dengan kelahiran Cahaya Malaika. Begitu comel sungguh Cahaya Malaika ni. Admin tak nak lebih-lebih buat ayat, korang tengoklah sendiri betapa comelnya Cahaya Malaika.

Ina Naim selamat melahirkan anak ke-3

Jumaat, 1 Jun 2012

Ina Naim selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak ke-3 seberat 2.3 kilogram di Hospital Kota Tinggi (HKT), pada pukul 8.35 pagi Rabu yang lalu. Ina Naim ketika ditemui kelihatan gembira kerana dikurniakan bayi perempuan berikutan dua anaknya sebelum ini adalah lelaki.

“Sebelum ini Ina mengharapkan bayi perempuan kerana ingin tahu bagaimana melayan kerenah bayi perempuan berbanding lelaki. Malah, naluri keibuan saya mahukan anak perempuan sebagai peneman dan kawan apabila dia besar kelak.

“Syukur berkat solat hajat dan doa Ina serta suami, permintaan itu dimakbulkan,” katanya.
Jantina anak ketiganya itu hanya diketahui ketika pemeriksaan di HKT pada Isnin, hasil ujian imbasan sebelum dia melahirkan bayi itu pada Rabu. -Via