Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kekasih Uqasha Senrose? Jejaka ini rupanya.... (5 gambar)

Rabu, 15 Jun 2016

Seorang jejaka berketurunan kerabat diraja Pahang, bernama Tengku Bakar difahamkan kini rapat dengan Uqasha Senrose.

Beberapa keping gambar mereka bersama sering di muatnaik dilaman sosial. Namun kepastian sejauh mana mereka rapat belum dapat diketahui lagi.

Tapi siapa lah nak tolak pinangan kerabat diraja ya tak.

Chef Wan muatnaik gambar separuh bogel dirinya, anggap perkara biasa..

Selasa, 7 Julai 2015


Chef Wan Kongsi Gambar Separuh Bogel
Chef Wan semalam membuatkan pengikut Instagram miliknya mengecam akan tindakan beliau memuatnaik gambar dia sewaktu muda berusia 25 tahun berpakaian separuh bogel dengan hanya memakai seluar dalam ketika bercuti di Pantai Cherating, Pahang yang memetik caption gambar itu.

Gambar itu dikecam kerana tidak menghormati bulan suci Ramadan dan tidak sesuai untuk dimuatnaik sebagai tatapan umum.

22 Gambar resepsi Almy Nadia, Fizz Fairuz di Pahang

Selasa, 10 Jun 2014

Sudah habis buat persandingannya sebelum ini di kampung halaman Almy, Almy Nadia dan Fizz Fairuz hujung minggu lalu telah mengadakan resepsi mereka kali ke-2 kalau tidak silap di Raub, Pahang tempat kelahiran Fizz. Azwan Ali menjadi host untuk majlis resespi berkenaan. Dijangka lebih 2000 orang jemputan orang terdekat dan peminat membanjiri majlis berkenaan. -gambar Facebook The Permaisuris

13 Gambar Siti Nurhaliza Membantu Mangsa Banjir

Selasa, 10 Disember 2013

Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid juga turun padang bersama-sama memberikan bantuan dan keperluan asas lain kepada mangsa banjir di Kuantan Pahang, negeri tempat kelahiran Siti sendiri.

Diatas kerjasama Yayasan Nurjiwa dan SimplySiti, maka sumbangan dalam bentuk 700 pek barangan makanan dan keperluan asas seperti makanan dalam tin, beras, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi, berus gigi dan syampu telah diberikan kepada mangsa di bencana alam berkenaan. -mStar

Gambar Siti Nurhaliza Perlawanan Piala Malaysia 2013

Khamis, 7 November 2013

Ni lah gambar Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid ketika perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2013 dimana negeri kelahiran Siti, Pahang menentang Kelantan. Dimana menyaksikan Pahang menang tipis 1-0 kepada Kelantan.

Cristina Suzane Sudah Bertunang, Kahwin Januari 2014

Khamis, 17 Oktober 2013

Dikhabarkan memetik portal mStar yang pelakon Cristina Suzane, 28 tahun, bakal bernikah dengan lelaki pilihan keluarganya yang juga teman sekolahnya dahulu sehingga diketemukan kembali oleh keluarga kedua-dua pihak.

Mereka akan bernikah pada 22 Januari 2014 nanti di Kuantan Pahang tempat kelahiran Cristina Suzane.

Difahamkan lagi Cristina Suzane sudah bertunang dengan lelak yang enggan diketahui itu pada hari Ahad yang lalu.

Zahid Sesak Nafas Ketika Berbulan Madu

Jumaat, 14 Jun 2013

Deejay radio Era FM, Zahid yang bernikah dengan Sarah Julifa Isa pada minggu lalu yakni bersamaan dengan tarikh 7 Jun 2013 dilaporkan mengalami sesak nafas apabila dia dan isterinya pergi berbulan madu.

Ini dibuktikan apabila Zahid memuatnaik gambar dia sedang diberikan alat bantuan pernafasan di sebuah klinik ketika waktu itu. Kalau tidak silap, lokasi mereka berbulan madu sekitar, Cameron Highland, Pahang.

Gambar Persandingan Saiful Bukhari. Nik Surya

Jumaat, 7 Jun 2013


Gambar di bawah adalah gambar resepsi Saiful Bukhari dengan penyampai berita aka wartawan TV3, Nik Suryani yang dilangsungkan baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Turut hadir, dua menteri besar, Menteri Besar Kedah dan Pahang. Mereka dinikahkan pada 25 Mei 2013 yang lalu. -gambar REDphotography


Gambar Siti Nurhaliza Pergi Mengundi PRU13

Isnin, 6 Mei 2013


Semalam hari mengundi Pilihan Raya ke-13 (PRU13) yang berlangsung dengan suasana aman dan tiada keadaan yang tidak diingini berlaku. Dan kemenangan sudah menjadi milik Barisan Nasional. Dan yang pasti ada juga selebriti yang turut menunaikan kewajiban pergi mengundi.

Tidak ketinggalan, Datuk Siti Nurhaliza pergi mengundi bersama-sama ahli keluarganya yang lain. Namun artis juga tiada istimewanya, kena juga beratur panjang. gege.. -Instagram Siti Nurhaliza




Fizz Fairuz Dah Bertunang?

Selasa, 12 Februari 2013

Baru-baru ini dikhabarkan yang pelakon kacak, Fizz Fairuz sudah bertunang dengan seorang wanita pilihan hatinya. Mengikut sumber nama tunangnya itu adalah Nor Azreen Arshad yang merupakan seorang graduan dalam bidang Matematik Kewangan.

Majlis yang sederhana itu dihadiri oleh sanak saudara terdekat yang berlangsung di rumah Azreen di Kuantan, Pahang. Kalau betul, baguslah kan, kami juga tumpang gembira.

Gambar takda banyak nak di tempek, cuma satu je sebagai bukti. Jadi, Almy Nadia bagaimana? memang mereka dah berpisah sejak Mei 2012 yang lalu la ni ek. -gambar Gua

Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Konsert Gambang

Jumaat, 16 November 2012

Bagi peminat-peminat Dato' Siti Nurhaliza, pastinya korang rindu untuk melihat gambar terbaru beliau kan. Disini disertakan beberapa gambar ketika Siti berada di Kuantan Pahang untuk Konsert Gambang baru-baru ini. -gambar Budiey

Hattan kini bergelar Datuk

Sabtu, 28 April 2012

Seramai 152 orang termasuk penyanyi 'Hattan' semalam menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi 2011.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan menyampaikan darjah berkenaan kepada semua penerima yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan. -Bernama

Siti Saerah selamat melahirkan anak ke-2

Rabu, 21 Mac 2012

Tahniah kepada penyanyi dan juga adik kepada Dato' Siti Nurhaliza, Siti Saerah kerana melahirkan anak ke-2. Difahamkan bayi berkenaan berjantina lelaki dan dilahirkan pada waktu senja di hospital berdekatan Kuantan pada 18 Mac yang lalu. Tahniah sekali lagi kepada Siti Saerah dan keluarga. :)

Siti Nurhaliza di perkahwinan adiknya

Isnin, 5 Mac 2012

Baru-baru ni berlangsungnya satu majlis akad nikah adik bongsu kepada penyanyi nombor satu, Dato' Siti Nurhaliza, Mohd Hafiz. Nikah ini dilakukan di sebuah masjid yang tak jelas dimana, mungkin di Pahang kot. Siti sempat lagi menjadi mak andam menghias pengantin perempuan. Hihi.














gambar Facebook ROZI ABDUL RAZAK

Fazley kini bergelar 'datuk'!

Sabtu, 24 Disember 2011

Tahniah kepada Fazley yang juga seorang pakar motivasi dan juga penyanyi kerana bergelar 'datuk' pada majlis ulang tahun ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan baru-baru ni. Darjah tersebut disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Turut mendapat anugerah berkenaan adalah AC Mizal dan juga Eizlan Yusof. Namun dengar-dengar ada segelintir pihak atau yang iri hati yang mengatakan pangkat 'datuk' ni dibeli oleh mereka, tidak dapat dipastikan kalau ianya satu pemberian kebesaran dari Sultan atau pun ada dibeli. Wallahualam, yang penting kita berfikiran sihat dan positif, mereka dapat atas sumbangan mereka sendiri terhadap Negara.

AC Mizal, Eizlan Yusof dapat gelaran 'Datuk'

Khamis, 22 Disember 2011

Tahniah kepada AC Mizal dan juga rakannya, Eizlan Yusof yang mengesahkan penerimaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah ke-81 pada hari ini, Khamis.

Pengesahan AC ini sekaligus menepis pelbagai spekulasi yang mempertikaikan pengurniaan tersebut sebelum ini.

"Pada hari ini (Rabu) saya baru sahaja terlibat dengan sesi latihan untuk upacara penganugerahan Datuk bersempena ulang tahun keputeraan baginda Sultan Pahang yang ke-81.

"Saya berharap dengan pengurniaan Datuk pada esok (Khamis) akan menjawab segala kekeliruan yang tercetus sebelum ini," katanya. -Via

Miss Malaysia Pahang 2010 ??

Rabu, 6 April 2011

Penulis tak tahu serba banyak mengenai video 'miss malaysia pahang 2010' yang telah diupload di laman YouTube. Melihat video ni, bukan penulis nak kata lah ya, amat mengejutkan melihat peserta-pesertanya yang serba 'ayu' gitu dengan pakaian-pakaian yang diperagakan masing-masing. Ada juga Noraniza Idris nyanyi. Pelik ke tidak acara ni, korang nak tahu lebih lanjut, korang tengok lah sendiri betapa terpesonanya melihat. Kuang3.

Tahniah! M. Nasir kini bergelar Dato'

Jumaat, 25 Mac 2011

M.Nasir dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Pahang dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Pahang pada 24 Mac 2011. Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang.

Penyanyi, pelakon dan pencipta lagu terkemuka itu merupakan individu yang layak untuk menerima gelaran tersebut menilai pencapaian yang telah diterimanya sepanjang bergelar anak seni.

Antara anugerah yang diterima termasuk di pelbagai anugerah di Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Festival Filem Malaysia. -Gua

-Tahniah Dato' M. Nasir, kamu memang layak mendapatkannya. :)

Artis kenamaan di majlis hari jadi Sultan Pahang

Selasa, 2 November 2010

Majlis memang kelas kenamaan yang hadir adalah kerabat diRaja, golongan VVIP, VIP, kaya raya adalah menjadi sebagai penyeri majlis. Mungkin majlis makan malam agaknya, majlis ini adalah sempena ulang tahun Sultan Pahang baru-baru ini. Kelas kenamaan ni menampakkan serinya apabila didatangi oleh artis-artis yang bertaraf dengannya, maknaya mereka berkahwin dengan golongan berkenaan ler. Lihatlah siapa yang datang. Artis bergelar Datuk dan Datin. Siti Nurhaliza dan suami pun turut datang.