Felix tukar profession jadi pengembala kerbau?

Pada: Rabu, 11 Ogos 2010
Nah bagi peminat Felix jangan buat terkejut dah lah. Bekas pelajar Akademi Fantasia ini dengarnya tengah menjadi pengemabala kerbau di sebuah kampung yang dirahsiakan di mana tempatnya. Memang agak mengejutkan apatah lagi status Felix sebagai seorang penyanyi berubah menjadi seorang pengembala kambing. Tapi memang itulah hakikatnya bahawasanya Felix telah menjadi pelakon untuk drama bersiri pada bulan Ramadhan, Pengembala Kerbau pada 15 Ogos 2010 (Ahad), jam 10.05 pagi di TV1 yang menyaksikannya bergandingan dengan pelakon lain antaranya Nonny Nadirah Zainuddin, Ebi Kornelis@ Firdaus Bin Yamal, Nordawati Daud, Masti Inongan Hj Suin, Mohamad Bin Salleh dan Jifrun Bin Baidullah. Haha..

Tag : , , ,