Pada:
Rabu, 18 Ogos 2010
Nak dijadikan cerita, pemandu tersebut mengambil masa yang sangat lama! Go ahead, go astern, go ahead, go astern…. dalam 30 saat tak siap-siap. Saya yang sedang memandu Honda Accord milik Zulfadhli masih bersabar. Akhirnya, kesabaran saya agak memuncak. Ingin sahaja menekan hon kereta. Tidak sempat saya tekan hon kereta yang saya pandu, saya sudahpun mendengar hon lain. “takpe la, tak payah hon, org lain dah honkan“.Saya lihat, kenderaan yang membunyikan hon tersebut adalah jenama Honda. Tetapi, bukan Honda Civic, Honda Accord, mahupun Honda Jazz, tetapi hanya Honda EX-5.
Setelah selesai, saya terus berlalu. Sempat juga menjeling ke arah RX-8 tersebut, dalam hati “cantik juga no platnya!”. Dan sejak itu, ada la beberapa kali saya terjumpa Mazda RX-8 tersebut di tempat parking tersebut. Menariknya, akhbar hari ini melaporkan, kereta itu milik seorang artis, yang juga merupakan mahasiswa UM, Fazren namanya. Saya tersenyum sendiri. Maaf ya kepada artis berkenaan! Saya takkan lupa Honda EX-5 dan Mazda RX-8 tersebut.
Tag : Fazren Rafi , Honda , Luahan Peminat , Mazda

