Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Dulu Zukieee pakai Kancil, kekasih tinggalkan dia.. sekarang..

Ahad, 5 Jun 2016


Tidak ramai yang tahu, Zukieee sebenarnya sebelum ini sudah menyulam cinta lebih empat tahun dengan seorang gadis dan hampir melangsungkan perkahwinan pada tahun ini tetapi tidak kesampaian kerana gadis tersebut nekad putuskan perhubungan mereka disebabkan orang ketiga.

Kekasih Putuskan Zukieee Kerana Hanya Memiliki Kereta Kancil

Rahsia selebriti laman sosial, Zukieee hidup mewah didedahkan...

Ahad, 22 Mei 2016

Zukieee mengakui menerima perubahan drastik dalam kehidupannya selepas video-video lucu yang dimuat naik di laman sosial mendapat sambutan netizen.

Malah, Zukieee berkata, pendapatan selama tujuh bulan membuat video-video pendek itu mampu menanggung kehidupan keluarganya yang susah.
"Alhamdulillah, pendapatan sejak menjadi selebriti media sosial agak baik saya boleh bantu ibu dan adik beradik lain setiap bulan dan setakat ini sudah beli kereta Mazda RX8 secara tunai.

"Saya daripada keluarga yang susah dan ada tujuh adik beradik, dulu saya hanya seorang pekerja zoo dengan gaji RM800 sebulan sahaja," ujarnya
Zukie mampu membeli kereta jenis Mazda RX8 hasil pendapatan sebagai selebriti media sosial sejak tujuh bulan.

Tambah Zukieee, hasrat untuk mengubah nasib keluarga dengan aktif di media sosial sudah lama, namun dipendam kerana kekurangan modal untuk memulakan kerjaya itu.

Bagaimanapun, tahun lalu, selepas mampu membeli sebuah telefon bimbit dengan harga RM300, dia dapat memulakan rancangannya itu.
"Sebenarnya saya sudah simpan idea-idea untuk jadi viral sejak tahun 2011, tapi saya tidak boleh buat kerana saya tiada telefon bimbit yang boleh buat rakaman.

"Sehingga tahun lalu, saya tekad beli telefon berharga RM300 yang ada video. Daripada situ saya buka akaun laman sosial dan muat naik video-video yang saya lakonkan," ujarnya.
Sehingga kini, Zukieee memiliki sebanyak 420,000 pengikut laman Instagram dan 500,000 di Facebook. -mStar

Fazren Rafi tak pandai parking kereta? kereta mahal pulak tu

Rabu, 18 Ogos 2010

Luahan Peminat: Peristiwa ini sudah agak lama berlalu, bulan Julai lepas rasanya, tetapi apabila saya membaca akhbar hari ini, saya tersenyum sendiri. Sedang saya memandu di sebuah kawasan di UM, saya ternampak sebuah kereta Mazda RX-8 selang sebuah kereta di hadapan saya. Mazda RX-8 merah tersebut ingin dipandu masuk ke petak parking di tempat tersebut. Maka, seperti biasa, orang belakang (termasuk saya) terpaksa bersabar untuk beri ruang kepada pemandu tersebut membetulkan kedudukan keretanya dalam petak yang disediakan.

Nak dijadikan cerita, pemandu tersebut mengambil masa yang sangat lama! Go ahead, go astern, go ahead, go astern…. dalam 30 saat tak siap-siap. Saya yang sedang memandu Honda Accord milik Zulfadhli masih bersabar. Akhirnya, kesabaran saya agak memuncak. Ingin sahaja menekan hon kereta. Tidak sempat saya tekan hon kereta yang saya pandu, saya sudahpun mendengar hon lain.
“takpe la, tak payah hon, org lain dah honkan“.
Saya lihat, kenderaan yang membunyikan hon tersebut adalah jenama Honda. Tetapi, bukan Honda Civic, Honda Accord, mahupun Honda Jazz, tetapi hanya Honda EX-5.

Setelah selesai, saya terus berlalu. Sempat juga menjeling ke arah RX-8 tersebut, dalam hati
“cantik juga no platnya!”
. Dan sejak itu, ada la beberapa kali saya terjumpa Mazda RX-8 tersebut di tempat parking tersebut. Menariknya, akhbar hari ini melaporkan, kereta itu milik seorang artis, yang juga merupakan mahasiswa UM, Fazren namanya. Saya tersenyum sendiri. Maaf ya kepada artis berkenaan! Saya takkan lupa Honda EX-5 dan Mazda RX-8 tersebut.

Mimi One Nation Emcees terlibat kemalangan jalan raya

Jumaat, 12 Mac 2010

Dua anggota kumpulan One Nation Emcees, Mimi dan Jojoe telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya awal pagi kelmarin (11/3). Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Puay Chai 2 di Bandar Utama. Difahamkan, ketika kejadian, Mimi dan Jojoe dalam perjalanan ke Sri Pentas untuk siaran langsung program Malaysia Hari Ini.

“Mereka berdua agak ‘rushing’ nak ke Sri Pentas. Maklumlah siaran langsung kan.. Tapi masa tu Mimi cuma bawa 40km/j. Masa tu Mimi yang memandu. Mimi memandu di lorong kanan, tiba-tiba kereta depan brek mengejut. Mimi cuba mengelak tapi terbabas di tepi bahu jalan.” ujar pengurus kumpulan itu, Jai
Difahamkan, ketika mengelak, kereta yang dipandu Mimi telah melanggar pokok dan terus terbalik. Dalam kemalangan itu, Jai dan Mimi yang memandu kereta jenis Mazda 3 dan Jojoe tidak mengalami sebarang kecedaraan namun mengalami trauma dan pucat lesu. -Gua