Pada:
Isnin, 9 Ogos 2010
Pemergian Anne dengan penampilan baru memakai tudung litup sejak 12 Julai lalu bakal membuatkan ramai rakan penyampai dan pendengar merinduinya. Saat terakhir kemunculan Anne di Hot FM Mini Jam di Ipoh, Perak pada 31 Julai lalu juga membuahkan perasaan pilu di kalangan rakan-rakan penyampai dan Anne sendiri yang menitiskan air matanya tanda pemergiannya meninggalkan Hot FM."Selepas saya dan suami pulang dari berbulan madu, terus saya nekad untuk bertudung. Masa mula-mula saya pakai ke pejabat, ramai yang terkejut," kata Anne.Sesuai dengan penampilan barunya itu, Anne merancang untuk membuat perniagaan pakaian muslimah seperti jubah dan tudung secara dalam talian tidak lama lagi. -mStar
Tag : Anne , Berita Artis , Hot FM , Tudung

