Yuna dan Hanafi tengah 'couple' ke?

Pada: Ahad, 8 Ogos 2010
Biar betul gosip kali ni. Memang agak mengejutkan ramai peminat Yuna ni, apatah lagi lelaki-lelaki yang meminati Yuna bergadis tudung yang manis ni diuar-uarkan tengah hangat 'couple' dengan Hanafi daripada band Estranged. Gosip ni keluar daripada sumber yang tak sahih dan kurang pembuktian yang kukuh. Sebab 'dia' pun masih lagi dalam erti persoalan terhadap gosip berkenaan. Apa tak nya Yuna baru-baru ni berduet dengan Hanafi menerusi lagu baru yang bertajuk 'Sparkle'.

Mungkin disini timbul gosip berkenaan yang membawa Yuna menjadi teka teki gosip ini samaada benar ataupun tidak. Kalau Yuna dan Hanafi ni bercinta tak da salahnya pun. Dah lumrah kehidupan sebagai seorang yang bujang mencari cinta. Tunggu lah kenyataan daripada Yuna selepas ini. Nanti ada lagi peminat yang kecewa tak habis-habis. Haha.

Tag : , , ,