Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Saat-saat terakhir Deejay Anne di Hot FM

Rabu, 25 Ogos 2010

Ini adalah saat-saat terakhir Deejay Anne di Hot Fm pada awal bulan Ogos ini. Memang sungguh mengejutkan dan suasana ketika itu berbaur dengan kesedihan untuk berpisah dengan kakitangan di Hot FM. Seperti sedia maklum Anne akan mengikuti suaminya, Nik Mahathir Zainuddin ke Doha, Qatar untuk suatu masa yang agak lama juga. Jadi kepada peminat radio Hot FM terutama rancangan yang diudarakan Anne, korang jangan lah bersedih, pasti ada penganti Anne yang terbaik juga. Semoga berbahagia Anne di bulan suci Ramadhan ini bersama-sama suami di luar tanah air. Peace.







Anne bertudung dan tinggalkan Hot FM Ikut Suami Ke Doha

Isnin, 9 Ogos 2010

Penyampai radio Hot FM, Anne (Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli) terpaksa meninggalkan stesen radio Hot FM kerana mengikut suaminya, Nik Mahathir Zainuddin yang bekerja di Doha. Kerjaya Anne sebagai penyampai Hot FM akan berakhir pada 20 Ogos ini sebelum berangkat ke Doha lima hari kemudian. Mereka akan menetap selama lima tahun di sana.

Pemergian Anne dengan penampilan baru memakai tudung litup sejak 12 Julai lalu bakal membuatkan ramai rakan penyampai dan pendengar merinduinya. Saat terakhir kemunculan Anne di Hot FM Mini Jam di Ipoh, Perak pada 31 Julai lalu juga membuahkan perasaan pilu di kalangan rakan-rakan penyampai dan Anne sendiri yang menitiskan air matanya tanda pemergiannya meninggalkan Hot FM.
"Selepas saya dan suami pulang dari berbulan madu, terus saya nekad untuk bertudung. Masa mula-mula saya pakai ke pejabat, ramai yang terkejut," kata Anne.
Sesuai dengan penampilan barunya itu, Anne merancang untuk membuat perniagaan pakaian muslimah seperti jubah dan tudung secara dalam talian tidak lama lagi. -mStar

DJ Anne tinggalkan Hot FM

Khamis, 22 Julai 2010

Desas-desus penyampai Hot FM, Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli atau Anne yang baru melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Nik Mahathir Zainuddin pada Jun lalu, bakal meninggalkan stesen radio yang sinonim dengan tagline, Lebih Hangat Daripada Biasa itu bukan lagi rahsia. Difahamkan Anne mengambil keputusan itu kerana mahu mengikut suaminya yang akan bertugas di luar negara. Kalau sehari dua tidak mengapa lagi ini belum tahu berapa lama tempohnya.

Sebagai isteri, sudah pasti tempatnya di sisi suami. Sejak AG beralih waktu kerja untuk menguatkan lagi siaran Hot FM AM Krew, Ikhwal terpaksa bertugas sendiri untuk Hot FM Zon apabila Anne digandingkan dengan Kieran untuk siaran petang. Difahamkan stesen radio berkenaan sedang mengadakan sesi uji bakat terbuka untuk menggantikan tempat yang bakal ditinggalkan Anne nanti.

Perkahwinan Anne Hot.FM

Isnin, 14 Jun 2010

Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli, 29, atau lebih mesra disapa, Anne, dan Nik Mahathir Zainuddin, 33, yang telah selamat diijabkabulkan Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara kira-kira 11.30 pagi (12/6). Dengan hanya sekali lafaz, Anne sah menjadi isteri kepada pereka grafik, Nik yang dikenalinya ketika sama-sama bekerja di MiTV satu ketika dulu. Pada majlis bersejarah itu, Anne telah menerima tujuh dulang hantaran berupa sebentuk cincin De Gem, beg tangan Prada, jam tangan Tag Hauer, set kosmetik YSL, sejadah, sireh junjung dan mas kahwin RM1,000.

Anne turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,181 sebagai simbolik hari lahir Anne pada 11 Januari 1981. Manakala pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran antaranya sebentuk cincin De Gem, jam tangan Tag Hauer, dompet Prada, senaskah Al-Quran, sireh junjung, coklat Patchi, kek cawan dan set wangian Gucci. Bertemakan perkahwinan dalam taman dengan berkonsepkan warna merah jambu dan perak, majlis resepsi sebelah pihak perempuan telah diadakan tengah hari (13/6) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Damansara. -Gua

Anne HotFM nak kahwin 12 Jun 2010

Selasa, 25 Mei 2010

Menghitung hari dan kurang sebulan lagi, penyampai radio Hot FM, Anne atau nama sebenarnya Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli, 29, akan disatukan dengan arjuna hatinya, Nik Mahathir Zainuddin (pereka grafik untuk Al Jazeera yang beroperasi di KLCC), 33 pada 12 Jun depan. Malah ketika ini persiapan saat akhir masih rancak dilakukan. Kalau mahu disingkap terlalu banyak ujian yang harus ditempuhi menjelang hari bahagianya itu. Malah ketika sesi fotografi baju pengantin buat julung kalinya, air mata Anne mula bergenang kala rancak berbicara mengenai persiapan perkahwinannya menjelang 12 Jun ini.

Bayangkan di saat wanita sepertinya sibuk membuat persiapan dibantu ibu tercinta, Anne pula harus menelan hakikat bahawa ibunya, Raja Norhizam Raja Adnan tidak berada di sisi kerana terlebih dulu kembali ke rahmatullah sejak empat tahun lalu akibat penyakit jantung. Hampir semua persiapan perkahwinan dilakukannya sendiri. Akuinya kala bersendirian, dia pernah menangis mengenangkan apa yang harus dilaluinya. Sesekali terbit juga rasa lemah semangat apabila segala kepenatan melunaskan persiapan perlu digalasnya sendiri. -Bharian

Gambar Anne Hot FM terbaru

Rabu, 24 Jun 2009

Kenal Anne lagi tak? ala yang host dahulu tue dalam program realiti MyStarz LG. Tapi itu dahulu, sekarang nie dia dah jadi deejay di Hot FM. Anne atau nama betol nya, Putri Andreanna Syigim sememangnya seorang yang manis dan comel. Tengok sahaja dia di bawah ini, dengan pakaiannya yang begitu simple tapi ala-ala seksi gitue. Sweet Anne!