Maya Karin bertudung, suami sahkan belum ceraikan

Pada: Jumaat, 25 Jun 2010
Apakah kesudahan hubungan pelakon Maya Karin,31, dengan suaminya Steven David Shorthose,40, atau nama Islamnya Muhammad Ali, pasangan itu disahkan belum lagi bercerai. Kedua-dua mereka hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur baru-baru ini tanpa menjelaskan tujuan mereka berbuat demikian. Maya tidak berkata “ya” mahupun tidak sama ada prosiding di mahkamah itu berhubung pengesahan pernikahan atau penceraian mereka. Cuma suaminya mengesahkan dia dan Maya masih lagi suami isteri.

“No divorce (tidak bercerai),” kata Muhammad Ali.
Dia juga turut enggan memberikan penjelasan tentang tujuan mereka ke mahkamah sebaliknya meminta pihak media bertanya sendiri kepada Maya. Peguam syarie Nor Husniah Hussin yang mewakili Maya juga enggan memberikan komen lanjut atas arahan anak guamnya itu. Maya pula berkata dia mahu mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi sebarang komen.
“Tiada keputusan. Lebih selamat saya tak bercakap apa-apa kerana takut silap,” kata Maya. -mStar

Tag : , , ,