Pada:
Khamis, 24 Jun 2010


“Saya diberitahu bidaan untuk mendapatkan nombor itu sudah dibuat kira-kira dua minggu lalu, namun mereka yang dipilih memilikinya bakal diumumkan tengah hari esok (hari ini)," kata sumber berkenaan.Sumber itu berkata, selain artis, nombor KCT 1 turut menarik minat ramai ahli perniagaan dan syarikat korporat malah mereka berusaha mendapatkannya sebelum tempoh 21 hari yang disyaratkan.

“Saya diberitahu banyak permohonan diterima bagi mendapatkan nombor itu. Bagaimanapun ia bergantung kepada bidaan yang paling tinggi. Buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat mengenai pemilik sebenar nombor pendaftaran itu sehingga keputusan rasmi dibuat tengah hari esok (hari ini)," katanya.
Tag : Berita Artis , JPJ , Number Plat , Siti Nurhaliza