Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Nurhaliza ketika pertama kali ambil lesen memandu (10 gambar)

Jumaat, 29 Julai 2016


Gambar Siti Nurhaliza Ambil Lesen Memandu
Enam keping gambar yang dikongsikan oleh seorang peminat hiburan di forum Cari menunjukkan penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza sedang menjalani ujian untuk lesen memandu beliau.

Koleksi gambar yang rare ini mungkin diambil sekitar tahun 2000 dan ketika itu memang Dato’ Siti Nurhaliza sedang enak mengecapi populariti beliau sebagai penyanyi.

Shaheizy Sam kena saman!

Khamis, 18 Disember 2014

Kasihan Shaheizy Sam, pelakon kesukaan ramai ini sebenarnya tidak lari dari undang-undang, apabila dia disaman oleh Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) akibat nombor pendaftaran kereta mewahnya, Audi A5, MCM 1774 tidak mengikuti spesikasi yang ditetapkan oleh JPJ.
“Sebenarnya tak penting pun nak bercakap tentang hal ini sebab orang lain pun kena saman juga. Cuma saya nak beritahu bahawa jangan ingat selebriti boleh terlepas daripada sebarang tindakan. Orang kata artis senang terlepas kalau kena saman. Bagi saya salah tetap salah dan tiada ‘double standard’ diberi kepada selebriti,”

“Kereta tu atas nama saya dan ia menjadi tanggungjawab saya untuk selesaikan hal ini. Memanglah ibu saya ada bising minta saya tukar nombor pendaftaran secepat mungkin. Tapi saya belum sempat. Nanti ada masa saya akan tukar,” -Sam
Kereta Audi itu juga merupakan hadiah Sam kepada ibunya, Khaty Fauziah memetik portal GUA. Takpela, berapa sangat la saman tu kalau dikenakan kat Sam, hek hek.

Dato Siti Nurhaliza Ketika Ambil Lesen Memandu

Jumaat, 10 Ogos 2012

Zaman sekarang pastinya Dato' Siti Nurhaliza sudah pandai membawa kereta apatah lagi kereta bukan calang-calang, mewah, sporty dan mahal sudah tentu Dato' Siti pernah duduk, drive dan merasainya. Namun itulah kemanisan yang boleh dirasai daripada berkat usahanya sendiri.

Menyingkap kembali nostalgia lama ketika suasana beliau dalam aktiviti memandu, ada beberapa keping foto lama yang telah dikongsi oleh forumer portal Cari ketika Siti menghadiri kelas mengambil lesen memandu beberapa tahun yang lalu sebelum menjadi isteri kepada orang lain.

Waktu latihan Siti kelihatan masih boleh bersenyum,.












Datuk K berjaya dapat plat KCT 1, RM66,550

Khamis, 24 Jun 2010

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, dikatakan antara pembida utama nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 yang akan diumumkan siapa pemiliknya oleh Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah. Menurut sumber, Siti Nurhaliza berminat memiliki nombor berkenaan kerana ia mempunyai gabungan nama beliau dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa. Katanya, penyanyi terkenal itu dikatakan sanggup membayar nilai bidaan yang dikenakan asalkan beliau dapat memiliki nombor berkenaan.

“Saya diberitahu bidaan untuk mendapatkan nombor itu sudah dibuat kira-kira dua minggu lalu, namun mereka yang dipilih memilikinya bakal diumumkan tengah hari esok (hari ini)," kata sumber berkenaan.
Sumber itu berkata, selain artis, nombor KCT 1 turut menarik minat ramai ahli perniagaan dan syarikat korporat malah mereka berusaha mendapatkannya sebelum tempoh 21 hari yang disyaratkan.

“Saya diberitahu banyak permohonan diterima bagi mendapatkan nombor itu. Bagaimanapun ia bergantung kepada bidaan yang paling tinggi. Buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat mengenai pemilik sebenar nombor pendaftaran itu sehingga keputusan rasmi dibuat tengah hari esok (hari ini)," katanya.

Zarina An Julie kantoi ambil dadah?

Ahad, 14 Februari 2010

Pelakon Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 24, enggan menjalani ujian saringan air kencing apabila diarah berbuat demikian selepas ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Semalam, 13 Februari 2010. Dia ditahan dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 8 malam oleh sepasukan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan. Turut ditahan seorang lagi rakannya yang berusia 24 tahun.

Penolong Pengarah ADDK Sepang, Nani Sikin berkata, ekoran keengganan itu, kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan. Mereka dibawa ke pejabat AADK Sepang untuk tujuan menjalani ujian saringan air kencing, katanya kepada pemberita selepas operasi itu. -Kosmo

Nabil Buat lawak dengan JPJ

Jumaat, 11 Disember 2009

Nabil sempat buat lawak masa kena tahan abang-abang JPJ dalam satu sekatan jalan raya baru-baru ini. Ketika ditahan di Dataran Merdeka, Nabil menunggang motosikal berkuasa besar miliknya. Yang kelakarnya bila ditahan Nabil bukan sahaja serahkan kad pengenalan dan lesen memandu terkininya bahkan semua lesen memandunya termasuklah lesen L dan lesen-lesen yang tamat tempoh.

Kata Nabil, kalau JPJ benarkan, dia nak mohon lesen memandu untuk tempoh sehingga 2020. Ada ke orang lain berani buat lawak begitu? Nabil siap buat alasan kenapa dia sudi berhenti masa kena tahan.

"Kalau encik-encik JPJ ni yang tahan, tak nak saya berhenti. Tapi saya berhenti ni pun sebab Cik Murni kita ni jer," seloroh Nabil sambil menunjukkan isyarat kepada seorang anggota JPJ wanita bernama Murni yang cantik molek di situ.
Nabil oh Nabil, kamu memang pelawak. Sampai abang-abang JPJ pun tak boleh nak serius bila berdepan kamu. Lawak, lawak juga tapi nasib baiklah, Nabil tak kena tahan sebab nombor plat motosikalnya tidak menepati skala JPJ. Dia cuma diberi peringatan sahaja.