Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Che Ta dapat kereta percuma, nombor plat pun ekslusif!

Sabtu, 24 Jun 2017

Dengar khabar yang Rozita Che Wan atau Che Ta telah menerima sebuah kereta berjenama Haval H2 sekaligus menjadi duta untuk jenama keluarann kenderaan dari China berkenaan di Malaysia.

Mengikut info lain harga yang ditawarkan kereta berkenaan sekitar dari RM89,000 sehingga RM102,000.

Lebih menarik kereta tersebut diberikan dengan nombor pendaftaran istimewa dari Perlis, 'RQ2174', bermaksud Rozita.
"Alhamdulillah saya tidak menyangka dapat sebuah kereta dengan nombor pendaftaran nama saya sendiri. Haval bukan jenama asing bagi saya dan saya mengikuti perkembangan kereta itu sejak dilantik menjadi duta,

"Tentang harga nombor pendaftaran itu diuruskan oleh pihak Haval," ujarnya memetik mStarOnline

Untuk anak berusia 9 tahun, Datuk Seri Vida bayar lebih RM10 juta!

Ahad, 26 Jun 2016

Orang kaya yang berharta mampu untuk memiliki harta benda yang diinginkan. Begitulah kisah untuk memiliki nombor plat VIP 1 dan VIP 6 yang dikatakan bakal menjadi plat termahal di Malaysia.

Nombor plat berkenaan mahu dimiliki oleh jutawan Kosmetik, Datuk Seri Vida untuk anak lelakinya, Muhammad Eric Zaquan, yang berusia 9 tahun untuk kereta mewahnya, Bugatti Veyron yang berharga RM11 juta!
“Muhammad Eric melakukan carian sendiri di komputer terhadap kenderaan tersebut sebelum menyuarakan impiannya itu kepada saya mengenai kereta sport berkenaan”

“Jadi saya melihat nombor pendaftaran VIP ini unik dan bersesuaian sekiranya dapat diletakkan pada Bugatti Veyron yang diminati anak saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Plat Nombor W1N Harga RM748,000!

Ahad, 26 Januari 2014

Hujung minggu ni kita bercerita mengenai orang luar pula, orang luar kali ni bukan calang-calang, Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang berjaya mendapatkan nombor plat W1N (win) dengan harga yang membuatkan anda terbeliak biji mata, RM748,000.00!!.

Kereta Dipecah, Tukar Plat Nombor - Nabil Ahmad

Rabu, 20 November 2013

Gara-gara kereta milik Nabil Ahmad dipecah masuk pada hari Isnin yang lalu, kini Nabil telah menukar nombor pendaftaran plat keretanya itu kerana risau sekali lagi menjadi sasaran penjenayah.

Kejadian itu difahamkan ketika Nabil, isteri dan anaknya sudah selesai makan malam aka diner di salah sebuah restoran dekat Sungai Buloh. Dan didapati cermin kereta berkenaan pecah.

Antara barangan yang hilang adalah kad pengenalan dan beg galas yang diisi baju sukan.

Menurut portal mStar, nombor kereta yang ditukarnya itu adalah model Mitsubishi Lancer Evo 10.

Kereta Mewah Tasha Shila Dah Berubah?

Rabu, 13 Mac 2013


Dahulu kereta yang bernombor pendaftaran TAS114 telah kelihatan di sebuah kereta mewah, Audi. Namun kini nombor plat yang didakwa dari Forum Cari milik pelakon, Tasha Shila ini beralih kepada sebuah kereta Honda.

Tidak dipastikan kemana kereta mewah Audi berkenaan, adakah sudah bertukar milik nombor pendaftaran lain ataupun kereta Audi itu dijual kerana tidak mampu membayar 'CCM' yang tinggi?

Tidak dapat dipastikan. Wallahualam.

gambar diambil terdahulu

gambar yang diambil sekarang

Kereta dan Plat Nombor Milik Dafi?

Ahad, 17 Februari 2013

Memang tak sah kalau selebriti pakai kereta mewah lebih-lebih lagi kalau selebriti tu dari keluarga kaya seperti VIP mahupun VVIP. Seperti Dafi yang dikatakan memiliki kereta mewah, Porsche, model apa admin tak tahu sebab tak pro sangat dalam bab kereta dan model-modelnya.

Namun kereta mewah, Porsche itu juga dihiasi dengan plat number yang boleh dikatakan unik dan sudah semestinya mahal. D4FI merupakan singakatan nama huruf 'Dafi'. Wah memang senang kena cam la ini kereta siapa yang memandunya. Nak ingat ni Dafi punya agak susah sikit, ramai peminat selebriti berdolak dalih dengan seribu andaian kereta ini kepunyaan siapa. Kalau lihat gambar agaknya memang sah kereta dan plat nombor itu milik Dafi kan.

Tapi pengakuan Dafi melalui laman sosialnya menyatakan kereta itu adalah untuk shooting sahaja, dan mungkin nombor plat diubah mengikut citarasa shooting berkenaan.


KCT1 di Range Rover Evoque

Isnin, 4 Februari 2013

Plat nombor KCT 1 merupakan plat yang dikira mahal dan ianya mampu dibeli oleh Datuk Seri Khalid kepada isterinya sempena harijadi Dato' Siti Nurhalzia pada tahun 2010 yang lalu. Kombinasi nama K (Khalid) dan CT (Siti) merupakan erti yang cukup makna buat kedua-dua suami isteri ini.

Plat berharga RM66,550 itu memungkinkan telah diletakkan pada sebuah motorsikal berkuasa tinggi, namun baru-baru ini plat itu kelihatan di sebuah kereta mewah, Range Rover Evoque yang sepadan dengan gaya serta ciri kemewahannya. Gambar diambil oleh pelawak, Enot ketika kebetulan berada di kereta berkenaan.


plat nombor KCT1 di mana letaknya?

Rabu, 13 April 2011

Ha masih ingat lagi entry mengenai hadiah istimewa Datuk K kepada Dato' Siti Nurhaliza?. Memang class hadiah tu, tidak dalam bentuk yang fizik kalau dilihatkan. Cuma hadiah sekadar nombor plat kenderaan sahaja, KCT 1 dengan harga RM66, 550 ringgit tue~. Nombor plat memang class, namun nak letaknya memang kat tempat yang ada class juga kan, nak Ferrari, Mercedes mesti cocok. Tapi tip-top, bukan kat jenis kereta-kereta mewah, kat Bike Dato' Siti pula dah. Tak pelah, value untuk bike tu mungkin RM100,000 lebih juga. Hikhik.

WUF120 plat no motorsikal FIZO

Isnin, 20 Disember 2010

Dengar cerita, pelakon Fizo kite ni murah rezeki, kini Fizo dah membeli superbike Kawasaki berkuasa tinggi. Mungkin harga motorsikal berkuasa tinggi ni berpuluh-puluh ribu jugak. Tapi paling menarik sekali adalah nombor plat motor berkenaan, WUF120 (F120=FIZO). Hebat bukan. Ramai artis-artis memiliki nombor plat seakaan nama mereka. Apa-apa pun siapa banyak duit, boleh lah memiliki nombor plat yang menarik dan bermaksud. ;) -Gambar RunWitme

Datuk K berjaya dapat plat KCT 1, RM66,550

Khamis, 24 Jun 2010

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, dikatakan antara pembida utama nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 yang akan diumumkan siapa pemiliknya oleh Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah. Menurut sumber, Siti Nurhaliza berminat memiliki nombor berkenaan kerana ia mempunyai gabungan nama beliau dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa. Katanya, penyanyi terkenal itu dikatakan sanggup membayar nilai bidaan yang dikenakan asalkan beliau dapat memiliki nombor berkenaan.

“Saya diberitahu bidaan untuk mendapatkan nombor itu sudah dibuat kira-kira dua minggu lalu, namun mereka yang dipilih memilikinya bakal diumumkan tengah hari esok (hari ini)," kata sumber berkenaan.
Sumber itu berkata, selain artis, nombor KCT 1 turut menarik minat ramai ahli perniagaan dan syarikat korporat malah mereka berusaha mendapatkannya sebelum tempoh 21 hari yang disyaratkan.

“Saya diberitahu banyak permohonan diterima bagi mendapatkan nombor itu. Bagaimanapun ia bergantung kepada bidaan yang paling tinggi. Buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat mengenai pemilik sebenar nombor pendaftaran itu sehingga keputusan rasmi dibuat tengah hari esok (hari ini)," katanya.