Pada:
Jumaat, 7 Mei 2010


Ketika ditemui oleh pemberita di luar mahkamah, Abdul Halim memberitahu, perintah waran tangkap tersebut digantung sementara dokumen-dokumen berkaitan permohonan itu difailkan oleh anak guamnya. Beliau menyatakan, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan peguam pemohon bagi menyelesaikan kes tersebut secara sulh (secara baik).
Dalam permohonan tuntutan itu, Natasya Gabriel mendakwa, Zainal gagal membayar nafkah dua anak mereka selama 29 bulan setakat bulan lepas yang berjumlah RM16,800 serta perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sebanyak RM2,100. Dalam penyata samannya, Natasha berkata, perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 8 November 2002 menyatakan persetujuan bersama iaitu Zainal bersetuju memberikan nafkah anak RM200 seorang.
Selain itu, Zainal akan menanggung segala perbelanjaan sekolah, pendidikan agama dan perubatan anak-anak. Natasha mendakwa, nafkah itu tidak mencukupi dan Zainal sebenarnya mampu membayar lebih berdasarkan kerjayanya sebagai artis, memiliki syarikat sendiri serta tidak muflis. -mStar
Tag : Berita Artis , Mahkamah , Nafkah , Zainal Abidin