Heliza Misbun teman biasa saya - Ari Wibowo

Pada: Khamis, 6 Mei 2010
Jika di negara asalnya, Indonesia, pemilik nama Arianto Wibowo ini bersih dari sebarang gosip. Tetapi tidak begitu di Malaysia. Aktor kacak yang lebih dikenali sebagai Ari Wibowo ini pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon serta penerbit, Haliza Misbun yang masih lagi bujang. Baik Ari mahupun Haliza, kedua-duanya menepis gosip yang timbul dan menganggap hubungan mereka hanya sebagai rakan baik yang sudah terjalin sejak sekian lama.

“Di Indonesia, saya tidak ada gosip. Tapi di sini lain pula. Perkara ini tidak benar sekali. Kami berdua hanya rakan baik. Saya sudah biasa dengan gosip ini. Saya ketawa saja bila digosipkan dengan dia,” tutur Ari, 40 tahun.
Bagi aktor kelahiran Berlin, Jerman ini, dia cukup bertuah kerana mempunyai seorang isteri yang begitu memahami.

“Isteri saya tahu tentang perkara ini. Dia percaya saya dan tak hiraukan gosip yang berlaku antara saya dan Haliza. Isteri saya seorang yang memahami dan kami berdua bersikap terbuka.” Ari suami kepada Inge Anugrah yang dinikahinya pada tahun 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kenzo, 2 tahun dan Marco, 9 bulan. -Gua

Tag : , , ,