Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aleeza Kassim akhirnya cerai

Jumaat, 29 Oktober 2010

Pelakon dan model terkenal Aleeza Kasim akhirnya bercerai dengan suaminya, Mohd. Fauzi Che Rus setelah beberapa lama melalui dugaan. Mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, Rabu, 27 Oktober 2010. Lafaz cerai itu dibuat oleh suaminya di kamar Hakim Syarie, Mohd. Suhaily Rosdi. Pada Januari lalu Fauzi telah melafazkan perkataan yang boleh membawa kepada maksud perceraian lalu membawa mereka ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz tersebut.

Bagaimanapun pada 12 Mei lalu Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya memutuskan pasangan itu sah sebagai suami isteri dan lafaz `kita bercerai esok' semasa berlaku pertengkaran di rumah mereka tidak memutuskan ikatan perkahwinan. Hakim sebaliknya memutuskan lafaz tersebut sebagai hasrat, bukannya lafaz cerai. -ManggaOnline

Aleeza Kassim, suami tak jadi cerai

Jumaat, 14 Mei 2010

Pelakon dan peragawati, Aleeza Kassim menzahirkan rasa bersyukur setelah mahkamah kelmarin (13 Mei) memutuskan dia masih sah sebagai isteri kepada ahli perniagaan Mohd Fauzi Che Ros. Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, Aleeza memberitahu bahawa mereka akan kembali dan teruskan hubungan sebagai pasangan suami isteri. Pasangan ini bernikah pada 15 Julai 2006 dan belum dikurniakan cahaya mata.

"Alhamdulilah, segala sudah selesai, semuanya akan berjalan seperti dahulu. Kami mengikut keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah," ujarnya.
"Saya akan kembali menjalankan tugas sebagai isteri dan teruskan hubungan ini. Kini kami sudah kembali tinggal bersama sebagai pasangan suami isteri," katanya.
Kelmarin, Hakim Syarie Ghazali Ahmad membacakan keputusan bahawa pasangan ini masih lagi sebagai suami isteri selepas lafaz: "kita bercerai esok" yang didakwa diucapkan oleh Mohd Fauzi terhadap model jelita itu hanyalah hasrat dan tidak mendatangkan kesan sehingga terjatuh talak.

Aleeza Kassim pergi Jakarta semasa kes cerai

Isnin, 19 April 2010

Berita mengenai runtuhnya mahligai perkahwinan model dan artis popular, Aleeza Kasim bukan lagi rahsia. Dalam diam-diam, Aleeza Kassim rupa-rupanya sudah bercerai talak satu sejak Februari lalu. Menurut maklumat yang disiarkan, perceraian mereka berlaku di Hyatt Saujana, Subang Jaya. Entah apa masalah Aleeza dengan bekas suami, Mohd Fauzi Che Ros, tiada siapa yang tahu. Apa yang penting, perceraian mereka bukan berpunca daripada peranan orang ketiga, tegas Aleeza.

Perkahwinan mereka hanya dapat bertahan tiga tahun dan tujuh bulan sahaja. Betapa hebat dan cerianya majlis persandingan Aleeza di Palace Of The Golden Horses sekitar Julai 2006 lalu. Meriah! Lain ceritanya pula, apabila menurut sumber rasmi mengatakan desas desus, Aleeza sekarang sedang berada di Jakarta. Dia terbang ke sana petang Khamis lalu dan dijangka pulang hari ini (19/4).

Tidak dipastikan sama ada Aleeza membawa hati patah atau mencari kekuatan jiwa. Apa-apa pun, tunggulah 21 April nanti, sebab, diberitahu menjelang tarikh itu, kes perceraian mereka akan dibacakan di mahkamah. -Kosmo

Aleeza Kassim sah bercerai talak satu dengan suami

Selasa, 13 April 2010

Rumahtangga dan hubungan aktres dan pragawati Aleeza Kassim yang terbina sejak empat tahun lalu dengan suaminya akhirnya gagal dipertahankan apabila bekas suaminya, Mohd Fauzi Che Ros menjatuhkan talak satu ke atas drinya. Kejadian ini berlaku pada Februari 2010 lalu. Kini mereka sedang menanti kuasa keputusan mahkamah yang akan diumumkan pada 21 April nanti untuk mengesahkan penceraian mereka berdua itu.

Dalam temuramah dengan Harian Metro - 'Tiada orang ketiga'. edisi mingguan lalu, Aleeza menafikan pergolakan rumahtangga mereka disebabkan orang ketiga, sebaliknya masalah itu berpunca daripada mereka berdua. Dedah Aleeza lagi, hubungannya dan bekas suami masih baik malah mereka sedang mencuba untuk memperbaiki perkahwinan mereka. -Gua

Seksinya Aleeza Kassim

Selasa, 1 Disember 2009

Makin lama makin menyeksi pula Aleeza Kassim ni. Drama dan filem kurang dilakonkan, namun konsep peragaan banyak pula dirinya menonjol. Menonjol dengan pakaian beradatkan ketimuran tidak menjadi masalah bagi mana-mana pihak, tapi Aleeza memang sungguh berani mengenakan pakaian hazab da dengan bertemankan kawan-kawannya di salah sebuah majlis yang kurang jelas infonya.

Aleeza Kassim Seksi

Jumaat, 27 November 2009

Pelakon dan juga merangkap pragawati artis, Aleeza Kassim yang sememangnya popular dan terkenal bukan kerana bakatnya namun kepada keseksian seksanya itu. Baru-baru ni ada lagi satu majlis yang dihadirinya dengan pakaian menjolok mata memandang. Memang seksi lah, sampai nampak lubang pusat. Dalam hal yang lain, Aleeza sebenarnya dah berkahwin dah pada awal tahun 2007 yang lalu. Hubby kena main peranan lah ni nampaknya.