Pada:
Rabu, 20 Januari 2010
Wanita terbabit pula berusia antara lingkungan 30-an hingga 40-an, boleh dianggap sebagai mak cik atau ibu, dan menggunakan orang tengah untuk memancing Fizo. Sebelum menceburkan diri dalam industri hiburan, Fizo berada dalam dunia peragaan dan ketika itu, ada juga tawaran tetapi ia menjadi lebih ‘rancak’ selepas bergelar artis.Bukan mudah untuk mengelak tetapi Fizo cuba bercakap secara sopan dan normal kerana mahu menyelesaikannya dengan baik. Tawaran pula dibuat melalui perhubungan terus menggunakan orang tengah atau e-mel peribadi Fizo. Kebanyakan tawaran itu mahu saya berurusan dengan mereka di luar negara. Mungkin kerana mereka anggap cara itu lebih selamat. Setakat ini, walaupun ada kalanya terasa hidup agak sukar, Fizo tetap menjaga maruah dan mengelak daripada terjebak dengan gejala negatif seperti itu.
Tag : Datin , Fizo , Gossip Artis , Pelakon

