Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Fizo Omar contoh suami terbaik, korang baca ni...
Selasa, 17 Mei 2016
Ramai yang mempersoalkan tindakan Fizo Omar, mengapa beliau yang berlebihan sedangkan perniagaan tudung Fareeda adalah milik isterinya, Mawar.
Namun, jelas Fizo sebagai seorang suami ia sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk mempertahankan isterinya lebih-lebih lagi jika ia melibatkan soal perniagaan.
Namun, jelas Fizo sebagai seorang suami ia sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk mempertahankan isterinya lebih-lebih lagi jika ia melibatkan soal perniagaan.
Saya tahu ada yang melontarkan kritikan mengapa saya berlebihan dalam menangani isu Fareeda. Mereka persoal mengapa tidak isteri atau ibu mertua saya ke hadapan dalam menjawab segala kontroversi.
Sebagai suami pastinya sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mempertahankan isteri saya. Selain soal perniagaan, ini juga lebih kepada soal maruah dan harga diri. Tak mungkin saya mahu membiarkan isteri saya menghadapinya sendirian.
Dalam setiap kontroversi yang berlaku, saya ambil perkara berkenaan dari sudut positif walaupun orang melihatnya dalam sisi negatif. Benar orang teruk “membelasah” bila timbul sebarang isu.
Tapi hikmahnya pula membuatkan orang yang tak mengenali jenama Fareeda mahu mengetahuinya pula. Jika mengikut pemerhatian saya, sebanyak 40 peratus pengikut baharu Fareeda muncul. Mereka bukan sahaja sekadar membeli tapi turut menjadi ejen dan sebagainya.
Fizo akui ada pelanggan yang dibayar TAPI..
Selasa, 19 April 2016
Akhirnya Fizo Omar mengakui yang ada pelanggan yang dibayar ketika majlis perasmian produk baru tudung Fareeda baru-baru ini. Namun mereka bukalah dibayar oleh pihak Fareeda sebaliknya ejen-ejen Fareeda.
“Memang mereka dibayar, tetapi bukan oleh pihak Fareeda. Mereka dibayar oleh ejen-ejen yang menjual semula tudung Fareeda. Untuk pengetahuan semua, setiap seorang hanya boleh dapat satu nombor dan membeli sebanyak empat helai”
“Maka, disebabkan itu ada ejen yang mengupah 10 orang barangkali untuk membeli nombor giliran. Jadi, tidak ada isu pihak Fareeda mengupah atau membayar mana-mana individu untuk berebut-rebut mengambil nombor giliran,” kata Fizo memetik Kosmo!
Panas!. Fizo kecewa komen Wardina
Khamis, 14 April 2016
Selepas menerima pelbagai kecaman berikutan tersebarnya video fanatik peminat tudung Fareeda yang merusuh dihadapan butik itu untuk mendapatkan koleksi terbaru, Fizo Omar bersama isteri, tampil memberi penjelasan. Beliau turut menyatakan kekecewaan kepada sesetengah pihak yang menyamakan pelanggan mereka sama seperti binatang.
Mawar isteri Fizo Omar hamil? status 'Alhamdulillah..'
Rabu, 30 Mac 2016
Fizo Omar, berharap tiada pihak yang tersalah sangka dengan status 'Alhamdulillah...' dimuat naik ke laman Instagram miliknya, baru-baru ini. Fizo terkejut kerana gara-gara status berkenaan, ramai pengikutnya menganggap isterinya, Mawar Abdul Karim, sudah pun hamil.
"Ramai yang salah faham dengan status berkenaan. Sebenarnya, status terbabit adalah untuk menyatakan kesyukuran saya dengan segala rezeki perniagaan kami.Fizo dan Mawar berkahwin pada November 2013.
"Saya terkejut juga dengan komen yang ditinggalkan di laman sosial. Tiba-tiba saja orang ucap tahniah. Tidak mengapa, saya menganggap ia sebagai doa buat kami," katanya kepada BH Online.
Serangan Fitnah Kepada Fizo Omar
Isnin, 11 November 2013
Tak tahu apa motif sebenar wanita yang digelar 'selinanadra' ini membuat kenyataan seperti ini dimana bunyinya memburukkan Fizo Omar yang difahamkan esoknya nak bernikah dengan pasangannya Mawar.
Adakah ianya benar atau sekadar 'cemburu' yang itu, Wallahualam. Apa-apa pun kita doakan kebahagian Fizo dan Mawar berkekalan hingga akhir hayat. -gambar Forum Cari
Adakah ianya benar atau sekadar 'cemburu' yang itu, Wallahualam. Apa-apa pun kita doakan kebahagian Fizo dan Mawar berkekalan hingga akhir hayat. -gambar Forum Cari
35 Gambar Pernikahan Fizo Omar, Mawar
Fizo Omar sah bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Country Heights, Kajang pada pagi 10 November 2013 semalam. Mawar telah menerima mas kahwin sebanyak RM506.
Fizo menerima sembilan dulang hantaran berupa tas tangan lelaki, kasut, kaca mata hitam, dua naskhah Al-Quran, plat motosikal WWF120, jaket motosikal, komputer riba serta sebuah motosikal berkuasa tinggi 1200cc jenama Ducati.
Fizo menerima sembilan dulang hantaran berupa tas tangan lelaki, kasut, kaca mata hitam, dua naskhah Al-Quran, plat motosikal WWF120, jaket motosikal, komputer riba serta sebuah motosikal berkuasa tinggi 1200cc jenama Ducati.
Gambar Selebriti Pakai Baju Melayu Lelaki
Sabtu, 18 Ogos 2012
Lord's Tailor salah satu jenama pakaian terkenal di Malaysia telah menampilkan pakaian Raya edisi baju Melayu lelaki pelbagai warna. Dan koleksi baju Melayu lelaki tersebut telah di pamerkan oleh beberapa orang selebriti lelaki terkenal seperti Shaheizy Sam, Norman Hakim, Fahrin Ahmad, Zizan Nin, Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fizo Omar dan Que Haidar.
Yang paling menarik adalah samping yang mereka pakai, samping tenunan benang dan butang mutiara dari Borneo North Pearls by Salikin Sidek. Kalau korang nak pilih siapa sebagai satu keserasian ketika 1 Syawal nanti? -gambar Murai







Yang paling menarik adalah samping yang mereka pakai, samping tenunan benang dan butang mutiara dari Borneo North Pearls by Salikin Sidek. Kalau korang nak pilih siapa sebagai satu keserasian ketika 1 Syawal nanti? -gambar Murai







Fizo Omar Pergi Umrah Sempena Ramadan
Selasa, 31 Julai 2012
Syukurlah pelakon kacak kegilaan wanita muda mudi ramai, Fizo Omar dikhabarkan selamat menunaikan umrah di kota Suci Makkah baru-baru ini. Dia dikatakan berangkat pada minggu lalu dan sempat melampirkan sekeping gambar di laman Instagram miliknya ketika berada di lapangan terbang. Kita doakan dia kembali ke tanah suci dengan baik-baik sahaja dan menjadi pelakon yang lebih mantap gitu.
WUF120 plat no motorsikal FIZO
Isnin, 20 Disember 2010
Dengar cerita, pelakon Fizo kite ni murah rezeki, kini Fizo dah membeli superbike Kawasaki berkuasa tinggi. Mungkin harga motorsikal berkuasa tinggi ni berpuluh-puluh ribu jugak. Tapi paling menarik sekali adalah nombor plat motor berkenaan, WUF120 (F120=FIZO). Hebat bukan. Ramai artis-artis memiliki nombor plat seakaan nama mereka. Apa-apa pun siapa banyak duit, boleh lah memiliki nombor plat yang menarik dan bermaksud. ;) -Gambar RunWitme


Fizo di goda oleh 'Ibu' kaya
Rabu, 20 Januari 2010
Sejak serius dalam industri hiburan beberapa tahun lalu, dugaan godaan daripada wanita kaya cukup ‘menakutkan’ dan sepanjang tempoh itu, Wan Hafizol Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo , 25, menerima kira-kira 20 tawaran hidup mewah sekelip mata. Jika dijumlahkan, mungkin ia mencecah jutaan ringgit kerana tawaran diajukan, termasuk kenderaan mewah, rumah besar, wang ringgit dan ada lebih hebat lagi, apa saja yang Fizo mahukan sanggup ditunaikan.
Wanita terbabit pula berusia antara lingkungan 30-an hingga 40-an, boleh dianggap sebagai mak cik atau ibu, dan menggunakan orang tengah untuk memancing Fizo. Sebelum menceburkan diri dalam industri hiburan, Fizo berada dalam dunia peragaan dan ketika itu, ada juga tawaran tetapi ia menjadi lebih ‘rancak’ selepas bergelar artis.
Bukan mudah untuk mengelak tetapi Fizo cuba bercakap secara sopan dan normal kerana mahu menyelesaikannya dengan baik. Tawaran pula dibuat melalui perhubungan terus menggunakan orang tengah atau e-mel peribadi Fizo. Kebanyakan tawaran itu mahu saya berurusan dengan mereka di luar negara. Mungkin kerana mereka anggap cara itu lebih selamat. Setakat ini, walaupun ada kalanya terasa hidup agak sukar, Fizo tetap menjaga maruah dan mengelak daripada terjebak dengan gejala negatif seperti itu.
Wanita terbabit pula berusia antara lingkungan 30-an hingga 40-an, boleh dianggap sebagai mak cik atau ibu, dan menggunakan orang tengah untuk memancing Fizo. Sebelum menceburkan diri dalam industri hiburan, Fizo berada dalam dunia peragaan dan ketika itu, ada juga tawaran tetapi ia menjadi lebih ‘rancak’ selepas bergelar artis.Bukan mudah untuk mengelak tetapi Fizo cuba bercakap secara sopan dan normal kerana mahu menyelesaikannya dengan baik. Tawaran pula dibuat melalui perhubungan terus menggunakan orang tengah atau e-mel peribadi Fizo. Kebanyakan tawaran itu mahu saya berurusan dengan mereka di luar negara. Mungkin kerana mereka anggap cara itu lebih selamat. Setakat ini, walaupun ada kalanya terasa hidup agak sukar, Fizo tetap menjaga maruah dan mengelak daripada terjebak dengan gejala negatif seperti itu.
Fizo: Ainul Cuma Kawan Saya Sahaja
Jumaat, 24 April 2009
Nama pun ‘public figure’, jadi sudah tentu segala perbuatannya akan mendapat perhatian. Contohnya, persahabatannya dengan Ainul Aishah. Kerapkali ditegaskan oleh Fizo, mereka hanya kawan namun disebabkan sering dilihat bersama, orang pun tertanya-tanya, ‘Kekasih ke?’“Cerita betulnya dari saya, kami takde apa-apa, hanya kawan. Kalau betul kami ada apa-apa, satu hari nanti kita mesti kantoi punya sebab kita mesti nak keluar kan?
“Kami iklas berkawan. Bila saya mula kenal dia, dia sudah berpunya. Saya pun set mind saya yang dia seorang kawan. Jadi kalau nak bercinta, susah sikit. Tapi iya-lah, orang boleh berubah. Mungkin satu hari nanti … But so far, kita memang tidak ada apa-apa.”Terangnya lagi, Ainul dan dia hanya berjumpa semasa majlis dan acara sahaja. Mereka tidak pernah melepak di luar kerja atau keluar berdua-duaan.
Sejak dikecewakan tiga tahun lalu, ketika itu dia menuntut di UiTM, Fizo memberitahu dia belum lagi mencari pengganti kerana masih ‘frust’ dengan cinta lama. Takut juga jika sejarah berulang. Selain itu, dengan kerjaya seninya yang semakin berkembang, dia tidak dapat memberikan komitmen yang diperlukan.
Mengakui dirinya seorang yang kuat cemburu dan agak sensitif dalam hal cinta, Fizo tidak menolak jika ditemui seorang yang disukai dan dapat memahami keperluan kerjayanya. Malah mungkin akan terus berkahwin dengannya. Bagi yang berminat, tiada kriteria yang dicari kerana “saya pun bukan perfect” asalkan gadis itu dapat mengembirakannya. Melihat pada sambutannya ketika acara Secretaries Week Luncheon di Hotel Istana semalam, ramai yang dambakan peluang untuk menjadi gadis bertuah itu.




-Gua








